Novel Suami Ekspres - Dunia Cik Akak

Wednesday, January 17, 2018

Novel Suami Ekspres

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Suami Ekspres : Novel karya penulis Fieyta An Nisa yang mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Adriana Qistina yang dijodohkan atas pilihan keluarga. Namun bahagia hanya seketika. Bagaimana kesudahan kisah mereka. Dapatkan novel Suami Ekspres ini di laman penulisan2u.
Sinopsis
FARIS AR RAYYAN- Pensyarah muda yang dididik dengan dan tarbiah yang hebat. Dididik supaya menghargai, melindungi dan meraikan wanita disekelilingnya. Dia dilamar oleh sahabat abinya, Encik Nazri untuk menjadi suami kepada anak gadisnya sebelum lelaki itu berangkat ke Jepun.

ADRIANA QISTINA - Seorang gadis yang positif dengan hidupnya sendiri. Daripada gadis biasa, dia bertukar menjadi gadis yang luar biasa kesan bertemu suami solehnya. Walaupun masih muda namun tingkah lakunya matang melebihi usia.

Mereka dijodohkan dengan pilihan keluarga. Baru bahagia dirasa, ujian sudah datang menyapa. Kejadian yang menimpa orang tua Adriana dan kemunculan Aqil merupakan tamparan hebat buat mereka.

“Adriana Qistina adalah tanggungjawab dan amanah Faris Ar Rayyan. Abang nak bawa Riana menuju ke syurga Allah. Biar cinta kita sama-sama mekar menuju cinta Ilahi.” – FARIS

“Cukuplah Riana punya suami soleh yang berusaha membawa cinta kita menuju cinta Ilahi dan Riana akan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadikan cinta kita cinta 'high class' di mata Pencipta.” - ADRIANA

Mampukah cinta mereka menuju cinta Ilahi dan seterusnya menggapai syurga Ilahi? Bagaimanakah Adriana dan Faris mengemudi bahtera rumah tangga mereka berpaksikan cinta kerana Allah? Mekarkah cinta mereka menuju cinta Ilahi?

1 comment:

  1. mcm best je crita ni.. nk cari laaa... abis smua buku nk cari.. sb smua yg cikyan baca review, smua best..hahaha

    ReplyDelete