Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil - Dunia Cik Akak

Wednesday, January 10, 2018

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil

♥ Assalamualaikum ♥

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma Dan Sijil : Bagi adik-adik yang mempunyai kelayakan yang setaraf dengan terma syarat bolehlah memohon dengan kadar segera. Permohonan hanya melibatkan proses permohonan online sahaja. 


Untuk permohonan bolehlah melayari portal SPA : http://www.spa.gov.my


Permohonan kali ini melibatkan berapa jawatan. Boleh rujuk gambar di atas untuk memudahkan lagi. 

Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Syarat Kelayakan:
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma:
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.
  • NAMA JAWATANMAKLUMAT 
  • Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi
  • Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja
  • Latihan Jururawat
  • Latihan Juruterapi Pergigian
  • Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan 
  • Latihan Juruteknologi Pergigian
  • Latihan Juru X-Ray
  • Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  • Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  • Latihan Penolong Pegawai Perubatan

  • Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
  • Syarat Kelayakan:
  • Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik.
  • Umur Calon untuk mengikuti Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil
  • Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan.
  • Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

NAMA JAWATAN
  • Latihan Jururawat Masyarakat
  • Latihan Pembantu Kesihatan Awam
  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian 
Tarikh tutup permohonan adalah 14 Januari 2018 akan datang. 

1 comment:

  1. Sayalah salah seorang pelatih Separa Perubatan. Saya ambil Diploma Pembantu Perubatan ( Penolong pegawai perubatan) tahun 1993 dulu dan tamat tahun 1996 sebagai seorang Penolong pegawai Perubatan/ Medical Assistant.
    Seronok sangat masa dalam latihan.3 tahun belajar, tak rasa pun..

    ReplyDelete