Kenapa Memilih Kerjaya Sebagai Penjawat Awam? - Dunia Cik Akak

Friday, January 5, 2018

Kenapa Memilih Kerjaya Sebagai Penjawat Awam?

♥ Assalamualaikum ♥
Kenapa Memilih Kerjaya Sebagai Penjawat Awam? : Rata-rata individu menginginkan supaya berkhidmat di agensi kerajaan. Di mana banyak kemudahan serta kelebihan bila bergelar penjawat awam. Untung boleh dapat bonus setiap tahun. Kenapa Memilih Sebagai Penjawat Awam? 

Imej google - kredit sumber
Memilih kerjaya dalam agensi kerajaan lebih menguntungkan individu itu sendiri. Bukan hanya untuk diri sendiri, kelebihan tersebut boleh dikongsi bersama keluarga. Contohnya si isteri bersalin. Maka si suami secara automatik dapat cuti isteri bersalin (Cuti Tanpa Rekod). 

Untung sangat kan.

Antara kelebihan bila anda bergelar penjawat awam. 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
Antara jawatan yang bakal temu duga. Boleh rujuk jadual di bawah. Jadual temuduga ini cik akak dapat dari laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. 

Senarai Penjadualan Temu Duga



  • Pembantu Operasi Gred N11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
    [ Tarikh Temu Duga: 16 Januari 2018 - 18 Januari 2018 ]
  • Pustakawan Gred S41
    (Perpustakaan Negara Malaysia)
    [ Tarikh Temu Duga: 05 Januari 2018 - 24 Januari 2018 ]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan)
    [ Tarikh Temu Duga: 22 Januari 2018 - 25 Januari 2018 ]

Untuk menyemak. Boleh klik nama jawatan yang berwarna merah. 

Lagi menarik kita anda salah sorang penjawat awam. Kemudahan dan kelebihan pasti akan diperolehi. 


1 comment:

  1. jd kakitangan awam ni terjamin faedah persaraan. gaji tetap biarpun susah nak kaya. tp boleh la hidup senang sikit..

    ReplyDelete