Kekasih Paksa Rela Episod 20 Bersiaran Esok - Dunia Cik Akak

Sunday, January 28, 2018

Kekasih Paksa Rela Episod 20 Bersiaran Esok

♥ Assalamualaikum ♥


Kekasih Paksa Rela Episod 20 Bersiaran Esok : Drama terbaru yang menghiasi slot akasia tv3. Drama terbaru ini berjudul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela bukan drama adaptasi novel. Untuk drama terbaru ini, menggandingkan pelakon Ain Edruce, Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. 


Minggu ke-6 Drama Kekasih Paksa Rela bersiaran. Minggu akan datang bakal memaparkan kisah rumah tangga kak ros dan adham berantakan. Kehadiran syikin membuatkan lagi rumah tangga mereka goyah. Bagaimana pula kisah Hanan Khaira? Tersempak dengan Izamil dan Hanan Khaira membuatkan Abang Adham sekali lagi cemburu. Alahai...Izamil terkejar-kejar Hanan Khaira sedangkan Hanan Khaira isteri orang.

Lagi-lagi konflik yang bakal ditayangkan minggu hadapan. Tak ada sweet dah..hihi...Hanya 9 episod sahaja lagi. Apa kah korang.


Kekasih Paksa Rela Episod 20 - Episod 23 bakal membuatkan korang tak duduk diam.

Saksi Minggu hadapan bersiaran episod 20 / Episod 21/ Episod 22/ Episod 23.

Judul : Kekasih Paksa Rela
Jumlah Episod : 28 Episod
Update Episod Terkini : Kekasih Paksa Rela Episod 16-Episod 19

Untuk pautan tonton boleh tengok di»» Fanpage Cik akak

Lagu OST @ Lagu Tema : Pasti - Cherpen Band

Kekasih Paksa Rela ini bersiaran mulai 26 Disember 2017. Mengandungi 28 episod penuh. Antara barisan pelakon yang menerajui drama Kekasih Paksa Rela ialah :- 

  • Remy Ishak sebagai Adham
  • Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
  • Ain Edruce sebagai Rosnaida
  • Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
  • Nynaa Harizal sebagai Nonie
  • Dayang Areeda sebagai Shiqin

  • Sinopsis Kekasih Paksa Rela : Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.
    Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.
    Suatu hari, Adham terserempak dengan Hanan di hypermarket dan disitulah bermula kisah Hanan yang menjadi perhatian uncle Adham. 
    Dari niat ingin membantu, tapi dalam hati terbit rasa sayang dan cinta. Namun ego membataskan. Orang kata kalau dah sayang, cakap je sayang. Tapi lain pula bagi Hanan dan Uncle Adham. Cinta Hanan cinta pandang pertama. Tapi menyintai dalam diam. 
    Bagaimana kesudahan kisah mereka. Berjaya Hanan meraih cinta uncle Adham. Dan adakah uncle Adham turut sama mempunyai perasaan sayang dan cinta pada Hanan. Kekasih Paksa Rela Episod Akhir bakal menjawab kesudahan kisah Hanan dan Uncle Adham

    2 comments: