Kekasih Paksa Rela Episod 17 - Dunia Cik Akak

Tuesday, January 23, 2018

Kekasih Paksa Rela Episod 17

♥ Assalamualaikum ♥
Kekasih Paksa Rela Episod 17 : Drama terbaru yang menghiasi slot akasia tv3. Drama terbaru ini berjudul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela bukan drama adaptasi novel. Untuk drama terbaru ini, menggandingkan pelakon Ain Edruce, Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. 


Kekasih Paksa Rela Episod 17 hari ini lebih banyak mengisahkan kehidupan Adham dan Rosnaida. Pergaduhan saban hari berlaku antara ros dan adham. Kata cinta, kata percaya tapi tak pernah jujur. 

Hanan Khaira tersepit antara kasih sayang dan cinta pada suami. Sanggup bahagiakan suami hinggakan perasaan sendiri disakiti. Terlanjur menyayangi...terlanjur menyintai....Terpaksa mencintai terlanjur menyayangi...

Rosnaida adalah isteri pertama yang tidak sanggup berkongsi kebahagiaan dengan orang lain. Lantaran di penghujung drama beliau memilih untuk berpisah. Biar sayang...biar cinta yang penting hati tak disakiti. 

Kehidupan berpoligami memang tak semua wanita mahukan. Apa kan daya andai tertulis jodoh hanan khaira begitu. Dari tak sayang...kini hati uncle boss tertawan. Ketakutan kehilangan orang tersayang, Hanan Khaira memilih untuk beralah. Lebih matang dari usia. Kesudahan kisah Kekasih Paksa Rela Episod Akhir bakal menjawab apa yang belum kita ketahui...Hanan Khaira dan Abang Adham bahagia selamanya...finale...

Minggu ke-5 Drama Kekasih Paksa Rela bersiaran. Kini hubungan pakcik adham dan Hanan khaira kian meniti bahagia. Namun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila kehadiran isteri pertama adham. Dalam sayang pastinya ada insan yang terluka. Hanan menjadi mangsa situasi. Adakah cinta abang adham hanya dusta semata-mata. 

Hanan gadis tidaklah setabah mana. Tetapi masih bertahan mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Abang Adham. Minggu ke-5 penuh dengan kisah sedih Hanan yang bergelar isteri kedua.  

Apakah yang berlaku, berakhirkah penderitaan hanan. Tiada lagikah bahagia untuk Hanan. Adham lelaki yang berjaya mencuri hati Hanan sejak kali pertama melihat Adham di pintu lif. Bagaimana pula di pihak Adham, jangan kata tak sayang. Jangan kata tak cinta. Dua-dua isteri. Dua-dua sayang. Tapi hati isteri harus dijaga.  

Drama bukan adaptasi novel ini, bakal membuka minda penonton. Memberi pengajaran tentang kehidupan dalam rumah tangga. Malahan ianya lebih memaparkan kisah pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang indah.

2 comments: