Kekasih Paksa Rela Episod 16 - Episod 19 Akan Datang - Dunia Cik Akak

Friday, January 19, 2018

Kekasih Paksa Rela Episod 16 - Episod 19 Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Kekasih Paksa Rela Episod 16 - Episod 19 Akan Datang : Drama terbaru yang menghiasi slot akasia tv3. Drama terbaru ini berjudul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela bukan drama adaptasi novel. Untuk drama terbaru ini, menggandingkan pelakon Ain Edruce, Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. 


Minggu ke-5 Drama Kekasih Paksa Rela bersiaran. Kini hubungan pakcik adham dan Hanan khaira kian meniti bahagia. Namun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila kehadiran isteri pertama adham. Dalam sayang pastinya ada insan yang terluka. Hanan menjadi mangsa situasi. Adakah cinta abang adham hanya dusta semata-mata. 

Hanan gadis tidaklah setabah mana. Tetapi masih bertahan mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Abang Adham. Minggu ke-5 penuh dengan kisah sedih Hanan yang bergelar isteri kedua.  

Apakah yang berlaku, berakhirkah penderitaan hanan. Tiada lagikah bahagia untuk Hanan. Adham lelaki yang berjaya mencuri hati Hanan sejak kali pertama melihat Adham di pintu lif. Bagaimana pula di pihak Adham, jangan kata tak sayang. Jangan kata tak cinta. Dua-dua isteri. Dua-dua sayang. Tapi hati isteri harus dijaga.  

Drama bukan adaptasi novel ini, bakal membuka minda penonton. Memberi pengajaran tentang kehidupan dalam rumah tangga. Malahan ianya lebih memaparkan kisah pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang indah.

Promo Kekasih Paksa Rela Episod 16-Episod 19

Kekasih Paksa Rela Episod 16 - Episod 19 bakal membuatkan korang tak duduk diam.

Saksi Minggu hadapan bersiaran episod 16 / Episod 17/ Episod 18/ Episod 19.

Judul : Kekasih Paksa Rela
Jumlah Episod : 28 Episod
Update Episod Terkini : Kekasih Paksa Rela Episod 8 /Episod 9 /Episod 10 /Episod 11

Untuk pautan tonton boleh tengok di»» Fanpage Cik akak

Lagu OST @ Lagu Tema : Pasti - Cherpen Band

Kekasih Paksa Rela ini bersiaran mulai 26 Disember 2017. Mengandungi 28 episod penuh. Antara barisan pelakon yang menerajui drama Kekasih Paksa Rela ialah :- 

  • Remy Ishak sebagai Adham
  • Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
  • Ain Edruce sebagai Rosnaida
  • Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
  • Nynaa Harizal sebagai Nonie
  • Dayang Areeda sebagai Shiqin

  • Sinopsis Kekasih Paksa Rela : Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.
    Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.
    Suatu hari, Adham terserempak dengan Hanan di hypermarket dan disitulah bermula kisah Hanan yang menjadi perhatian uncle Adham. 
    Dari niat ingin membantu, tapi dalam hati terbit rasa sayang dan cinta. Namun ego membataskan. Orang kata kalau dah sayang, cakap je sayang. Tapi lain pula bagi Hanan dan Uncle Adham. Cinta Hanan cinta pandang pertama. Tapi menyintai dalam diam. 
    Bagaimana kesudahan kisah mereka. Berjaya Hanan meraih cinta uncle Adham. Dan adakah uncle Adham turut sama mempunyai perasaan sayang dan cinta pada Hanan. Kekasih Paksa Rela Episod Akhir bakal menjawab kesudahan kisah Hanan dan Uncle Adham

    No comments:

    Post a Comment