Kekasih Paksa Rela Episod 12-15 Akan Datang - Dunia Cik Akak

Wednesday, January 10, 2018

Kekasih Paksa Rela Episod 12-15 Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Kekasih Paksa Rela Episod 12-15 Akan Datang : Drama terbaru yang menghiasi slot akasia tv3. Drama terbaru ini berjudul Kekasih Paksa Rela. Kekasih Paksa Rela bukan drama adaptasi novel. Untuk drama terbaru ini, menggandingkan pelakon Ain Edruce, Remy Ishak dan Intan Najuwa sebagai tunggak utama. 


Minggu ke-4 Drama Kekasih Paksa Rela bersiaran. Kini hubungan pakcik adham dan Hanan khaira kian meniti bahagia. Dalam hati Adham sudah wujud perasaan sayang dan cinta pada Hanan. Namun kata orang, kebahagiaan pasti ada dugaan. Tak semua kebahagiaan berakhir dengan keindahan. Dan tak mungkin cinta tak bersatu andai di takdir mereka berjodoh. 

Drama bukan adaptasi novel ini, bakal membuka minda penonton. Memberi pengajaran tentang kehidupan dalam rumah tangga. Malahan ianya lebih memaparkan kisah pengorbanan untuk mendapatkan sesuatu yang indah.

Kekasih Paksa Rela Episod 12 - Episod 15 bakal memaparkan kisah pakcik hot muka ketat dengan Hanan yang comel. Berapa bintang korang nak bagi drama bukan adaptasi novel ini. 

Saksi Minggu hadapan bersiaran episod 12 / Episod 13/ Episod 14/ Episod 15.

Judul : Kekasih Paksa Rela
Jumlah Episod : 28 Episod
Update Episod Terkini : Kekasih Paksa Rela Episod 8 /Episod 9 /Episod 10 /Episod 11

Untuk pautan tonton boleh tengok di»» Fanpage Cik akak

Lagu OST @ Lagu Tema : Pasti - Cherpen Band

Kekasih Paksa Rela ini bersiaran mulai 26 Disember 2017. Mengandungi 28 episod penuh. Antara barisan pelakon yang menerajui drama Kekasih Paksa Rela ialah :- 

  • Remy Ishak sebagai Adham
  • Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
  • Ain Edruce sebagai Rosnaida
  • Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
  • Nynaa Harizal sebagai Nonie
  • Dayang Areeda sebagai Shiqin

  • Sinopsis Kekasih Paksa Rela : Adham dan Rosnaida bernikah selepas habis belajar tanpa persetujuan ayahnya. Adham cuba merapatkan Rosnaida dan ayahnya tetapi gagal disebabkan sikap keras kepala Rosnaida.
    Hanan yang kehilangan ayah, tinggal bersama ibu dan bapa tirinya. Ibunya lebih sayangkan suami baru daripada anaknya sendiri. Hanan masih bersekolah tingkatan enam.
    Suatu hari, Adham terserempak dengan Hanan di hypermarket dan disitulah bermula kisah Hanan yang menjadi perhatian uncle Adham. 
    Dari niat ingin membantu, tapi dalam hati terbit rasa sayang dan cinta. Namun ego membataskan. Orang kata kalau dah sayang, cakap je sayang. Tapi lain pula bagi Hanan dan Uncle Adham. Cinta Hanan cinta pandang pertama. Tapi menyintai dalam diam. 
    Bagaimana kesudahan kisah mereka. Berjaya Hanan meraih cinta uncle Adham. Dan adakah uncle Adham turut sama mempunyai perasaan sayang dan cinta pada Hanan. Kekasih Paksa Rela Episod Akhir bakal menjawab kesudahan kisah Hanan dan Uncle Adham. 

    No comments:

    Post a Comment