Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan - Dunia Cik Akak

Friday, January 5, 2018

Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

♥ Assalamualaikum ♥
Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan : Setiap tahun penjawat awam bakal diberi cuti rehat. Dalam setahun penjawat awam boleh dapat cuti antara 20 hari, 25 hari dan 35 hari bagi jawatan profesional. Cuti rehat cik akak setahun hanya 25 hari. 

Setahun 25 hari cukup ke! Nak kata cukup rasanya tidak. Harap selepas ini cuti rehat tahunan ditambah kepada jumlah yang lebih besar. 

Melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2017, ia membincangkan isu cuti rehat yang dijual untuk Gantian Cuti Rehat (GCR). Di mana, sekiranya seorang penjawat awam yang telah menjual cuti untuk gantian cuti rehat. Tetapi cuti tersebut melebihi 150 hari. 

Contoh : 152 hari sudah terjual. Maka 150 sahaja akan dibayar dengan wang tunai. Dan 2 hari lagi boleh digunakan sebelum persaraan. Untuk lebih mudah boleh rujuk gambar di bawah.


Penggunaan Surat Pekeliling Perkhimatan Bilangan 2 Tahun 2017, Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan berkuatkuasa mulai 01 Januari 2018. 

Boleh juga muat turun di pautan ini »DI SINI« bagi mendapatkan maklumat yang lebih lemgkap.

No comments:

Post a Comment