Hari Pertama Di Tadika Chinese..Inilah Ragam Anak Sedara - Dunia Cik Akak

Tuesday, January 2, 2018

Hari Pertama Di Tadika Chinese..Inilah Ragam Anak Sedara

♥ Assalamualaikum ♥

Hari Pertama Di Tadika Chinese..Inilah Ragam Anak Sedara : Seronok tengok anak sedara cik akak dah membesar. Kini dah bersekolah tadika. Walaupun umur baru 4 tahun dan 3 tahun. Biasalah ibu bapa bekerja. Jadi anak-anak terpaksa mengenali sekolah pada umur yang memerlukan jagaan ibu bapa. Bila masuk hari pertama persekolahan, Inilah ragama Anak Sedara Cik Akak.


Untuk sesi persekolahan tahun 2018 ini, si dara dan si bujang dah masuk tadika. Sebelum ini, si dara bersekolah di kampung halaman cik akak. Tahun ini pula, bersekolah di sibu, Sarawak. Namun tadika yang diduduki pun tadika chinese. 

Dulu dekat kampung halaman si dara menduduki tabika kemas. Tahun ini daftar pula tadika chinese. Perbezaan bahasa mungkin menggangu anak sedara cik akak.

Dalam kelas pula, anak sedara cik akak biasa bertutur melanau. Kadangkala faham juga bahasa melayu. Tu bab yang dia reti ja. Tak reti memang ternganga ja mulut kan..haha...

Bila masuk tadika chinese, si dara kata dia tak ada kawan. Terus nangis. Alahai kesiannya sampai nangis. Anak sedara nangis, cik akak pula terlebih sayu. Tu belum lagi anak sendiri..haha..baru kisah anak sedara. Sebenarnya si dara ni biasa berkawan dengan anak sedara cik akak di kampung. Tapi bila masuk sekolah baru, terus kehilangan kawan. Mana tak menangis di hari pertama persekolahan...haha..

Si bujang pula, lain pula kisahanya. Budak lelaki kan. Hari pertama sekolah pun dah pandai cari kawan. Seronok kemain. Hingga lupa pada sepupu sendiri. 

Hari pertama persekolahan, mungkin tu ragamnya. Esok lusa dan hari seterusnya. Mesti dah dapat kawan. Biasalah si dara, jarang berkawan dengan budak lain. Perbezaan bahasa pun lain. Mungkin tu salah satu faktor si dara menangis. 

Teringat kisah cik akak masa daftar Tabika di kampung halaman. Waktu tu, keluarga cik akak memang tinggal di bandar Sibu. Maklumlah kos persekolahan di bandar amat membeban. Jadi cik akak dan kakak-kakak cik akak dihantar balik Matu. 

Bila sampai Matu, cik akak nangis tak nak tinggal dengan arwah nenek. Maklumlah ibu kat bandar. Mahu tak mahu, ikut ayah balik sibu lagi. Nampak tak kat situ. Budak-budak susah nak suaikan diri dengan persekitaran yang baru. 

Tu kisah cik akak. Ada lagi kisah yang lebih meruntum jiwa cik akak. Kisah tu cik akak tak dapat kongsikan. Takut nanti terbanjir lak korang membaca. Haha...bagaimana pula kisah korang. Tak pun kisah anak korang untuk sesi persekolahan tahun 2018 ini. Pasti lebih menarik kan.

1 comment:

  1. kanak kanak kalau dah mula kenal..nanti dia main..terus lupa nak balik hahahha

    ReplyDelete