Gaji Dibayar Awal Bulan Februari 2018, Apa Kata Penjawat Awam - Dunia Cik Akak

Tuesday, January 30, 2018

Gaji Dibayar Awal Bulan Februari 2018, Apa Kata Penjawat Awam

♥ Assalamualaikum ♥

Gaji Dibayar Awal Bulan Februari 2018, Apa Kata Penjawat Awam : Dapat gaji awal kemain lagi seronok kan. Tak penat nak tunggu berapa minggu baru dapat gaji. Maklumlah gaji bulan Januari pun habis buat bayaran awal tahun. Maklumlah awal tahun, bajet memang lari selaju-lajunya. Bila Gaji Dibayar Awal Bulan Februari 2018, Apa Kata Penjawat Awam. 

Bila dapat gaji awal, jangan kata tak seronok. Tapi yang lagi payahnya. Nak bajetkan duit gaji tu sampai hujung bulan. Bulan Mac pula, dibayar pada 22.03.2018. Mahu tak meraung kalau terlebih belanja.

Alaa..kau hidup bujang. Simple ja. Belanja pun sikit. Siapa kata hidup bujang ni tak banyak belanja. Serius cik akak katakan, hidup bujang pun banyak belanja tau. Makan pakai semua kena tanggung sendiri. Duit poket kena cari sendiri. Hutang piutang pun kena sendiri juga tanggung. Siapa kata hidup bujang ni mudah.

Gaji penjawat awam untuk bulan Februari diawalkan sempena perayaan Tahun Baru Cina yang bakal berlangsung pada 16 @ 17 Februari 2018 akan datang. Ini bermakna minggu hadapan, hari khamis penjawat awam dah dapat gaji bulanan. Ya ampun....serius seram sejuk nak keluarkan duit gaji dari akaun.

Bila gaji dibayar awal, kenalah buat simpanan atau agihan perbelanjaan harian termasuk wang minyak turun balik kerja. Hutang piutang kena selesai dahulu sebelum buat senarai perbelanjaan harian.

Kalau yang dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia lagi best. Awal bulan dapat gaji. Hujung bulan pun dapat gaji. Macam kita yang tak dapat BR1M kenalah buat simpanan sendiri. 

Waktu kegawatan duit poket. Boleh korek duit simpanan. Maklumlah waktu kegawatan menanti hari gaji.

Orang kata, awal dapat gaji. Awal juga duit habis. Hahaha..ahhh memang tak dapat dinafikan lagi. Asalan dapat je duit gaji...5 minit kemudian akaun jadi kosong. Percaya tak percaya. Ingat orang gov ni banyak duit ka..haha

Bila Gaji Dibayar Awal Februari, Apa Kata Penjawat Awam. Senyap dan buat tak tahu. Sedangkan dalam akaun duit dah masuk. Haha

2 comments: