Duit Lazada Affiliate Dah Masuk Akaun - Dunia Cik Akak

Thursday, January 18, 2018

Duit Lazada Affiliate Dah Masuk Akaun

♥ Assalamualaikum ♥

Duit Lazada Affiliate Dah Masuk Akaun : Zaman serba maju segala barangan atau perkhidmatan memang semua mahal. Nilai RM50 pun hanya boleh beli dua atau tiga barangan sahaja. Mahu tak mahu kena juga cuba kerja part time...hihi..


Asalannya memang suka-suka je nak join Lazada Affiliate ni. Sebab bukan senang nak promote barangan tanpa menyakinkan pembeli secara online. Lagi kena banyak usaha lebih. 

Bertahun juga lah baru dapat merasa duit Lazada ni. Maklumlah cik akak promote barangan yang murah je. Komisyen dari setiap pembelian pun berapa sen je. Tapi tidak mustahil bila kita berusaha. 

Merasa duit hasil promote link affiliate ini memang sesuatu yang membanggakan. Sebab kita mampu menjual barangan dengan menyakinkan pelanggan tanpa menemui pelanggan itu sendiri. Memang sesuatu yang boleh dibanggakan. Usaha sendiri dengan keyakinan pasti berhasil.

Sekali dapat duit affiliate ini memang seronok. Boleh lah beli seketul dua kefci..haha..tak habis dengan kefci nya. 

2 comments:

  1. good sharing.. mcm best je yunkk.. camna tu nk join ?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. tahniah Cik Akak..

    ReplyDelete