Drama Sayangku Kapten Mukhriz Diulangtayang - Dunia Cik Akak

Sunday, January 28, 2018

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Diulangtayang

♥ Assalamualaikum ♥

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Diulangtayang : Seperti yang kita sedia maklum, drama gandingan Raja Afiz dan Nina Baharun suatu ketika dahulu adalah drama trending di slot akasia. Drama ini ditayangkan pada tahun 2016 dan kini ditayangkan kembali tahun 2018. Drama ini diulangtayang di tv3 setiap hari ahad jam 4.00 hingga 5.00 petang. 
Sinopsis Sayangku Kapten Mukhriz : KAPTEN USTAZ MUKHRIZ dan DOKTOR ARIANA - Seorang ustaz dan seorang doktor. Seorang tak ingin bercinta dan belum bersedia untuk berkahwin kerana berasakan belum bersedia memikul tanggungjawab seorang suami manakala seorang pula jatuh cinta tahap meroyan. Seorang malu-malu kucing, seorang main redah asal tercapai hajat di hati. Seorang menjaga title ‘ustaz’ dan seorang langsung tidak peduli title ‘doktor’. Sudahnya beginilah. SMS sahaja dan cari peluang bertemu, konon tidak disengajakan...
"Tak elok lelaki dan wanita yang bukan mahram keluar bersama," - Mukhriz.
"Bukan keluar berdua. Saya, ustaz, Kak Marlia, along Kreisya, lepas tu ustaz nak bawak kawan satu bilik pun tak apa," - Ariana.
Pelbagai perkara Ariana lakukan demi cintanya terhadap Mukhriz. Sudahnya dia utus surat ala-ala budak sekolah rendah dan kasi bunga hingga kecoh satu kem.

Saya dah jatuh hati dengan ustaz. Saya tak nak jawapan sekarang, ustaz fikir-fikirkanlah ya. Moga-moga cara memikat style lama ini buatkan hati ustaz terbuka untuk saya. I have a pen. My pen is blue. I have a boyfriend. My boyfriend is you.
Mukhriz pening kepala. Ariana lagilah pening kepala. Mana tidaknya, di hospital dia ramah dengan pesakit dan serius dengan tugasnya tetapi apabila bab Mukhriz... Dia lakukan sesuatu yang 'terbalik'.
"Saya nak ustaz jawab soalan sms terakhir saya dulu, baru ustaz boleh balik." Jemari Mukhriz sudah di dahi. Apa yang dia nak jawab? Ariana… Ariana. "Kalau nak kahwin dengn saya, bukan macam ni caranya. Datang jumpa keluarga saya ya." Hanya itu sahaja jawapan kepada soalan Ariana lewat smsnya. Spontan sebenarnya dia jawab tanpa berfikir apa-apa. "Ya Allah, ya ke ustaz? Hujung minggu ni juga saya hantar rombongan meminang." Ariana ras macam nak terjun saja ke tasik buatan tu sekaeang ini. Sangat-sangat teruja dan gembira.
Doktor Ariana mahu meminang Ustaz Mukhriz? Semua pening kepala! Tewaskah Mukhriz dengan keselambaan Ariana? Apa akan jadi seterusnya apabila Mukhriz ini rupanya ramai peminat. Kapten Aliza, Siti Awina dan dalam diam Mukhriz bertemu semula dengan gadis idamannya, Rabiatul Adawiyah… Mengalahkah Doktor Ariana atau terus memikat dan berusaha memenangi hati Kapten Ustaz Mukhriz...

1 comment: