Bagai Pinang Dibelah Dua - Dunia Cik Akak

Wednesday, January 3, 2018

Bagai Pinang Dibelah Dua

♥ Assalamualaikum ♥
Bagai Pinang Dibelah Dua : Menariknya peribahasa melayu bila ia menggunakan bahasa yang cukup indah. Maksud disebalik bahasa kiasan tersebut amat indah dan sesuai digunakan hari-hari. Bagai Pinang Dibelah Dua bermaksud pasangan yang sepadan. 

Kenapa menggunakan buah pinang sebagai motif utama. Ia merupakan satu kecantikkan bahasa melayu yang kita harus kenali. Bila dilihat secara realitinya. Buah pinang dibelah dua. Memang langsung tak nampak perbezaan. Ia sama dari semua aspek.

Peribahasa Bagai Pinang Dibelah dua biasanya digunakan untuk pasangan pengantin baru. Kononnya ia bermaksud memuji sesuatu yang amat sepadan.

Contoh ayat yang biasa digunakan adalah seperti berikut :-
Peribahasa sejak dibangku sekolah rendah lagi sudah diajar. Namun ada segelintir tidak memahami. Sebab bahasa yang digunakan adalah bahasa yang berbunga-bunga dan berkiasan.

Dulu, cik akak pun tak suka belajar peribahasa. Tapi bila dah lepas sekolah, mulalah mencari sesuatu yang boleh dipelajari dari semasa ke semasa. Lebih lagi bila dah ada blog ni, boleh juga dikongsikan sebagai nota rujukan untuk anak-anak di rumah.


3 comments:

  1. Baru GV tahu buah pinang belah dua nampak sama kedua-dua bahagian. Bahasa org dulu-dulu mmg sangat unik dan puitis. Good info kak. :)

    ReplyDelete
  2. Tp skrg org guna bagai pinang digelek steamroll..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2018 cik akak. semoga dimurahkan rezeki. teruskan penulisan anda yang begini

    ReplyDelete