Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayangkan 15 Jan 2018 - Dunia Cik Akak

Tuesday, January 2, 2018

Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayangkan 15 Jan 2018

♥ Assalamualaikum ♥

Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Ditayangkan 15 Jan 2018 : Lagi-lagi drama adaptasi novel. Kali ini penonton bakal disajikan dengan drama berantaian adaptasi novel karya Siti Rosmizah yang berjudul Lafazkan Kalimah Cintamu. Drama ini bakal menggandingkan teraju utama Farid Kamil dan Nelydia Senrose. Novel Lafazkan Kalimah Cintamu mengisahkan kehidupan seorang gadis merangkap anak kepada Tengku Hisyam. Inikan lebih lanjut boleh rujuk Sinopsis Lafazkan Kalimah Cintamu.


Judul Drama : Lafazkan Kalimah Cintamu
Adaptasi Novel Lafazkan Kalimah Cintamu
Karya : Siti Rosmizah
Drama Menggantikan : My Coffee Prince
Tarikh siaran : 15 Januari 2018
Bersiaran : Astro Ria 104 & Ria HD 132
Jumlah Episod :
OST @ Lagu Tema : 

Senarai Pelakon Utama 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer 
Nelydia Senrose asebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasya 

Sinopsis Novel Lafazkan Kalimah Cintamu :
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.


Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. 


Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar diSyarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. 

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah? Segalanya akan terjawab dalam novel setebal 816 mukasurat ini.

1 comment:

  1. Drama2 luar pun banyak yang di adaptasi dari novel..benda ni hiburan je..tak perlu diambil serius sngat.Penonton kena bijak menilai..

    ReplyDelete