Sinopsis Cinta Hati Batu Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine - Dunia Cik Akak

Tuesday, December 26, 2017

Sinopsis Cinta Hati Batu Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Cinta Hati Batu Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine : Drama adaptasi novel Novel One Day You'll Be Mine ini bakal menemui peminat drama adaptasi pada tarikh 28 Disember 2017. Drama ini bakal bersiaran pada jam 9.00 malam setiap hari Rabu dan Khamis. Menampilkan tiga teraju utama Ashraf Muslim, Aishah Azman dan Fadlan Hazim sebagai tunggak utama. Drama adaptasi ini mengisahkan kehidupan seorang gadis Anith Fitriah. Jom layan Sinopsis Cinta Hati Batu Adaptasi Novel One Day You'll Be Mine.

Sinopsis Novel One Day You'll Be Mine


Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang diri sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak merasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna !

Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia akan meneruskan kehidupan yang telah diaturkan keluarganya dan juga keluarga Dzul Ehsan.

“Kau pekak ek?”
“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”
“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu !

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku. Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih ! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”

1 comment: