Resepi Tom Yam Udang Simple - Dunia Cik Akak

Monday, December 11, 2017

Resepi Tom Yam Udang Simple

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Tom Yam Udang Simple : Cik akak tahu ramai yang mengemari masakan Thailand seperti Tom Yam. Cik akak memang suka tom yam. Kalau boleh hari-hari nak masak tom yam. Antara tom yam yang paling cik akak gemari adalah Tom Yam Udang. 



Tom Yam Udang adalah antara masakan yang paling simple untuk dimasak. Sekali tikam dalam kuali kompem menjadi. Rasa tom yam air tangan sendiri lebih sedap berbanding di kedai. Kerana rasa cukup dengan udang pun semua besar-besar.

Kalau kat kedai makan. Memang susah nak cari peniaga yang jujur. Kebiasaan semua meraih keuntungan sahaja. Kepuasan pelanggan langsung tak dihargai.

Dari membazir wang ringgit untuk makan tom yam di kedai. Bagus buat sendiri. Kepuasan memang terjamin. Bahan-bahan kompem serba serbi lengkap. Tak kiralah baik rasa kuah atau kesegaran udangnya.

Bagi yang meminat Tom Yam Udang di sini cik akak kongsi resepi simple untuk korang. 

Resepi Tom Yam Udang Simple

Bahan-Bahannya :-

  • 500 gram udang
  • 5 batang baby corn - di potong dua
  • 1 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulang bawang merah -dihiris
  • 2 sm halia -dihiris
  • 2 kiub tom yam maggi
  • Dua gelas air putih
  • Sedikit perahan limau kasturi
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Daun limau purut - jika mahu

Cara Membuatnya.

  • Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan 2 gelas air putih dan kiub tom yam tadi. Biarkan sehingga mendidih.
  • Langkah seterusnya masukkan udang dan gaul hingga sebati dan biarkan 2 atau 3 minit. Kemudian masukkan sayur baby corn tadi. 
  • Akhir sekali tambahkan perahan limau kasturi tadi. Biarkan masak sepenuhnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Resepi memang mudah. Bolehlah korang cuba jika ada kelapangan. 

No comments:

Post a Comment