Friday, December 8, 2017

author photo
♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Tom Yam Sotong  : Nak kata cik akak minat memasak. Memang tak lah jawabnya. Masak pun cukup masak yang simple-simple. Sebab lebih senang. 


Malam ini cik akak ingin berkongsi satu resepi simple. Asalan simple je cari cik akak. Walaupun simple namun rasanya tak pernah mengecewakan. Masak kompem habis..haha..

Resepi Tom Yam Sotong cik akak share di sini. Moga dapat membantu korang.

Bahan-Bahannya

  • 500 gram sotong 
  • Semangkuk kecik sayur kobis bunga
  • Sebatang lobak merah - dipotong menipis
  • 5 batang baby corn - di potong kecil 
  • 1 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulang bawang merah -dihiris
  • 2 sm halia -dihiris
  • 2 kiub tom yam maggi
  • Dua gelas air putih
  • Sedikit perahan limau kasturi
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya.

  • Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan 2 gelas air putih dan kiub tom yam tadi. Biarkan sehingga mendidih.
  • Langkah seterusnya masukkan sotong dan gaul hingga sebati dan biarkan 2 atau 3 minit. Kemudian masukkan sayur bung Kobis dan lobak merah tadi. 
  • Akhir sekali tambahkan perahan limau kasturi tadi. Biarkan masak sepenuhnya.
  • Sedia untuk dihidangkan.

Resepi memang mudah. Bolehlah korang cuba jika ada kelapangan. 


This post have 0 komentar


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post