Resepi Tom Yam Seafood Simple - Dunia Cik Akak

Tuesday, December 12, 2017

Resepi Tom Yam Seafood Simple

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Tom Yam Seafood Simple : Musim hujan ni memang elok sangat masam tom yam. Lagi tekak meragam sebab demam. Memang ubatnya tom yam. Tapi tak boleh pedas-pedas. Resepi Tom Yam Seafood Simple boleh dirujuk di bawah. 


Resepi Tom Yam Seafood Simple

Bahan-Bahannya

  • 100 gram berbola ikan
  • 100 gram sotong
  • 100 gram udang 
  • 100 gram isi ketam
  • 2 biji buah tomato - dipotong empat
  • 5 batang baby corn - di potong dua
  • 1 tangkai cili padi
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 ulang bawang merah -dihiris
  • 2 sm halia -dihiris
  • 3 kiub tom yam maggi
  • Dua gelas air putih
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuatnya.

  • Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan 2 gelas air putih dan kiub tom yam tadi. Biarkan sehingga mendidih.
  • Langkah seterusnya masukkan berbola ikan, sotong, udang, isi ketam dan gaul hingga sebati dan biarkan 5 minit. Kemudian masukkan sayur baby corn dan tomato tadi. 
  • Siap untuk dihidangkan.

Cik akak kalau masak tom yam. Memang suka yang lebih masam. Baru ada nikmat. Selamat mencuba resepi mudah ini. 

1 comment:

  1. aduuuhh sedap tu kak.. tapi yaya alahan seafood mmg mampu pandang je . hehehe

    ReplyDelete