Pekasam Dabai Goreng Sarawak - Dunia Cik Akak

Wednesday, December 13, 2017

Pekasam Dabai Goreng Sarawak

♥ Assalamualaikum ♥

Pekasam Dabai Goreng Sarawak : Musim buah dabai sudah bermula. Tapi sekarang masih dengan harga yang mahal. Yang cik akak buat pekasam dabai ini harga dah cukup murah berbanding yang dijual di Market Central Sibu.

Cik akak yang masak. Korang telan air liur je..haha

Sekarang buah dabai Sarawak dijual dengan harga RM45 sekilo. Cik akak beli dengan kawan kakak RM25 sekilo. Kira murah dari pasaran.

Pekasam Dabai Goreng Sarawak amat mudah disediakan dan tahan lama disimpan. Hari tu cik akak beli 3 kilo. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Alhamdulillah tahan sikit dari membusuk.

Memandangkan tak ada yang berminat nak makan. Cik akak terus buat pekasam goreng. Boleh simpan lama sikit. Di sini cik akak kongsikan sekali Resepi Pekasam Dabai Goreng Sarawak.

Bahan-Bahannya

  • 1 kg buah dabai Sarawak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil perasa
  • Sedikit Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya :

  • Rebuskan dabai dengan air suam dan pastikan ia lembut baru buang air.
  • Tos dan kemudian belah dua. Asingkan isi dengan biji. 
  • Panaskan minyak. Masukkan isi dabai yang telah dipotong dua tadi. Goreng dengan api pelahan. 
  • Kemudian masukkan garam + perasa. Nak lebih tahan lama lebihkan sedikit garam dari sukatan di atas.
  • Gaul hingga sebati. Masak dalam 30 minit. Pastikan jangan hangit. Lagi lama digoreng. Lagi bagus.
  • Sejukkan dan kemudian simpan dalam bekas. Tekan hingga rata. Seterusnya boleh simpan dalam peti sejuk. 
Pekasam Dabai Goreng Sarawak ini boleh dimakan terus ataupun digoreng semula. Korang boleh tambah cili, bawang merah dan ikan bilis. Makan dengan nasi panas kompem bertambah.

No comments:

Post a Comment