Novel Dia Lelaki Tak Dijangka Karya Mynfamieza - Dunia Cik Akak

Wednesday, December 27, 2017

Novel Dia Lelaki Tak Dijangka Karya Mynfamieza

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Dia Lelaki Tak Dijangka Karya Mynfamieza : Novel terbaru di laman fajarpakeer.my. Novel ini hasil karya Mynfamieza. Dia Lelaki Tak Dijangka mengisahka Iman Andrea yang ditinggalkan oleh tunangnya serta membatalkan perkahwinan mereka. Sedangkan hanya tinggal seminggu sahaja lagi tarikh perkahwinan mereka. Apa yang bakal terjadi. Novel Dia Lelaki Tak Dijangka bakal menjawab persoalannya.


Sinopsis Novel Dia Lelaki Tak Dijangka : Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba tunang Iman Andrea mahu membatalkan perkahwinan mereka yang akan berlangsung lagi seminggu. Dek maruah dan ingin menutup malu, Qays Qayyum datang sebagai hero, menggantikan kekosongan yang ditinggalkan.
Bagi Iman Andrea, Qays Qayyum memang lelaki yang tidak dijangka akan menjadi suaminya. Qays Qayyum pula merasakan inilah peluang terbaik untuk dia memiliki gadis itu. Walaupun sedikit kekok pada awalnya, namun semua itu tidak menghalang mereka berjanji untuk cuba saling mencintai antara satu sama lain.
“Insya-Allah, Iman akan cuba untuk bahagiakan abang. Jangan takut untuk sayang Iman tau sebab Iman pun tengah cuba untuk sayang abang sepenuh hati Iman.”- Iman Andrea
Sedang mereka meniti bahagia, bekas tunang Iman tiba-tiba datang membongkarkan rahsia. Qays Qayyum rupanya dalang di sebalik cerita apa yang terjadi dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak menjejaskan kebahagiaan mereka.
Namun, bahagia tidak lama. Semuanya mula gawat apabila Iman Andrea merancang untuk menyatukan kembali Qays Qayyum dengan ayah kandungnya yang dibenci. Qays Qayyum sudah memberi amaran, tapi langsung tidak diendahkan oleh Iman Andrea.
“Aku dah kata aku tak suka kau masuk campur urusan aku! Kenapa kau degil sangat? Kau tahu tak dia tu siapa? Dia tu pembunuh. Dia dah bunuh mama aku.” – Qays Qayyum

No comments:

Post a Comment