Mungkin Febreze Membantu Hilangkan Bau Kencing Kanak-Kanak - Dunia Cik Akak

Sunday, December 24, 2017

Mungkin Febreze Membantu Hilangkan Bau Kencing Kanak-Kanak

♥ Assalamualaikum ♥

Mungkin Febreze Membantu Hilangkan Bau Kencing Kanak-Kanak : Bagi yang ada anak-anak kecil mungkin tiada masalah bagi mereka. Tapi bila kencing kanak-kanak baunya tetap menusuk hidung. 


Cik akak sebenarnya nak hilangkan bau kencing pada tilam kain cik akak ni. Risau tercium bau satu rumah. Tilam kain tu boleh lipat. Tapi berat. Nak hantar dobi depa terima ke tidak. 

Dari tercium bau yang kurang menyenangkan. Terus cik akak basuh guna air. Dengan satu tilam sekali cik akak basuh. 

Korang tahu-tahu je. Bila tilam kain terkena air. Kompem bertambah berat badan. Tak basuh lagi satu lah. Bau kencing tu tak hilang. 

Nak basuh dalam mesin basuh lagi lah tak muat. Maklumlah mesin basuh rumah bujang. Kecil dan cukup ala kadar je. 

Tilam satu hal dah basah lebur cik akak kerjakan. Siap basuh macam basuh baju. Hahaha...serius tiada siapa yang rela buat kerja macam cik akak buat. Tilam tu dah berat. Sebab tilam kain. Bernasib baik boleh lipat-lipat.

Penat juga basuh tilam kain macam tu. Tak basuh. Habis satu rumah tercium bau hancing. Esok tunggu nak keringkan je lagi. Dah kering bau plan nak guna febreze. Biar wangi sikit. 

Betul ke febreze membantu! Satu ini memang cik akak tak dapat pastikan. Tunggu esok lusa baru boleh review. Iklan kat kaca tv macam boleh hilangkan bau. 😂😂😂

No comments:

Post a Comment