Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 32/Episod Akhir - Dunia Cik Akak

Friday, December 22, 2017

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 32/Episod Akhir

♥ Assalamualaikum ♥

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 32/Episod Akhir : Minggu akhir drama adaptasi Novel Mr. Hot Guy bersiaran. Minggu akhir ini lebih kepada kisah Luqman dan Nurin. Bagaimana pula kisah lamaran Andrea. Terjentik kah hati Luqman Hakimi untuk menikahi Andrea. Minggu Akhir Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 32 (Episod Akhir) bersiaran minggu hadapan. Saksikan drama adaptasi menggandingkan pelakon Raja Afiq dan Puteri Aishah sebagai tunggak utama dalam drama tersebut. Novel karya Penulis Danisyarahmat bakal menghiasai slot akasia tv3.


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod Akhir ini menyajikan kisah romantik antara Luqman Hakimi dan Nurin Kamila. Cinta Luqman Hakimi kepada Nurin tak pernah berubah sejak pertama kali melihat Nurin. 

Bukan sahaja perwatakan Nurin memikat hati Mr. Hot Guy. Bila Mr. Hot Guy jatuh cinta. Inilah yang terjadi. Kesetiaan pilihan, menyintai sepenuh hati. 

Nurin Kamila, dalam hati dah terbit rasa cinta dan sayang kepada suami. Namun ego diri menemani nurin. 

Tajuk Drama Adaptasi : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)
Jumlah Episod : 32 episod
Tarikh Bersiaran : 31 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU : Menahan Rindu - Wani Hasrita

Promo Terkini : Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 32 (Episod Akhir)


Sinopsis Lelaki Itu Pemilik Hatiku : Mulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.
“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”
“I tinggalkan you”
“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”
Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?”
“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”
“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”
“Boleh… Tapi ada syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.
Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight
Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
“Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!”
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

1 comment:

  1. Best citer ni, tapi geram jugak dengan nurin ni, Hahaa!

    Saya follow sini, salam kenal dari https://fatinshahrizam.blogspot.my/

    ReplyDelete