Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 28 - 31/ Akan Datang - Dunia Cik Akak

Saturday, December 16, 2017

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 28 - 31/ Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 28 - 31/ Akan Datang : Minggu ke-8 drama adaptasi Novel Mr. Hot Guy bersiaran. Minggu ke-8 kisah lebih lagi dramatik dan sedih. Nurin mula termakan hasutan Rashdan. Rashdan menyatakan kemalangan pada hari perkahwinan Nurin dan Aiman adalah angkara Murad dan Luqman. Namun hakikatnya, Luqman tak pernah sekali pun terniat membuat begitu biarpun dia mencintai Nurin. Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 28/ Episod 29/ Episod 30/ Episod 31 bersiaran minggu hadapan. Saksikan drama adaptasi menggandingkan pelakon Raja Afiq dan Puteri Aishah sebagai tunggak utama dalam drama tersebut. Novel karya Penulis Danisyarahmat bakal menghiasai slot akasia tv3.



Tajuk Drama Adaptasi : LELAKI ITU PEMILIK HATIKU (MR HOT GUY)
Jumlah Episod : 32 episod
Tarikh Bersiaran : 31 Oktober 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SIARAN : Slot Akasia TV3
OST LELAKI ITU PEMILIK HATIKU : Menahan Rindu - Wani Hasrita

Promo Terkini : Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod 28/ Episod 29/ Episod 30/ Episod 31 


Lelaki Itu Pemilik Hatiku Episod Akhir (Episod 32) Bersiaran pada 25 Disember 2017

Sinopsis Lelaki Itu Pemilik HatikuMulanya hanya satu permainan yang dimainkan oleh Andrea kerana geram dengan sikap acuh tak acuh Luqman Hakimi pada perhubungan mereka. Bagi Luqman Hakimi yang senang disapa sebagai Luke, ini sajalah peluang untuk dia melepaskan diri dari Andrea yang serupa pacat menghisap darah.
“Kalau I berjaya pikat dia, you nak buat apa?”
“I tinggalkan you”
“Tapi kalau you gagal pikat dia, you kena kahwin dengan I.”
Nurin Kamila Abdullah Hisyam aka ‘cik adik sayang’ pula tidak menyangka dialah si kambing hitam yang menjadi batu loncatan buat si Luke yang digelar Mr. Hot Guy Malaysia itu. Pantang bagi Nurin kalau bertembung dengan lelaki kaya, apatah lagi ada hubungan hati dengan lelaki jenis itu. Wajib mandi bawah jambatan katanya. Tapi permainan takdir ini memang indah. Yang menjadi pantang itu jugalah yang sentiasa bermain di depan mata.
“Hai… Saya Luqman Hakimi. Boleh berkenalan? Nama siapa eh?”
“Kalau saya bagi tahu nama saya, kenapa? Cik abang nak buat apa?”
“Saja nak berkenalan. Boleh, cik adik?”
“Boleh… Tapi ada syarat.”
“Apa syaratnya?”
“Baca Surah al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya.”
Awalnya si Luke fikir mudah saja menundukkan gadis kampung yang tidak berduit itu. Ternyata salah anggapannya itu. Maka kaedah daripada bestfriend forever, si Mokhtar diguna pakai.
Kaedah pertama Gold and diamond
Kaedah kedua Hugs and Kisses
Kaedah ketiga Sleep tight
Tapi syaratnya tak boleh dipraktikkan sekaligus. Kerana gelojohnya untuk menang dalam pertaruhan, Luke praktiskan terus kaedah ketiga.
“Rasakan bos jahat! Bos gatal! Bos gila!!”
Bila cik adik sayang makin membenci, Mr.Hot Guy semakin jatuh hati. Tapi sayang, Cik adik sayang sudah memilih pasangan hatinya, Kapten Shahril Aiman. Pada saat Mr. Hoy Guy pasrah dengan jodoh yang tidak kesampaian, tiba-tiba takdir menyebelahinya pula.
Dapatkah Si Hot Guy memiliki hati cik adik sayang untuk dirinya selamanya?

No comments:

Post a Comment