Kali Pertama Dapat Duit Google Adsense - Dunia Cik Akak

Friday, December 15, 2017

Kali Pertama Dapat Duit Google Adsense

♥ Assalamualaikum ♥

Kali Pertama Dapat Duit Google Adsense : Tak sangka 3 bulan lebih cik akak ternak adsense. Akhirnya dapat juga merasa nilai USD. Gila cik akak tak seronok. Bukan senang nak ternak macam orang. Orang lain sebulan sekali dapat adsense. Tapi kita ni, sebulan dua bulan belum tentu. 


Waktu cashout cik akak ada mohon 119.27USD. Mungkin proses kena luar negara kena tolak lagi 5USD. Sampai bank Malaysia, kena lagi tolak RM5.00 untuk proses. Tolak-tolak janji dapat juga merasa duit pertama dari google adsense.

Jumlah duit adsense cik akak RM462.79. Duit pun tak sempat nak toleh kiri kanan. Terus habis. Duit hasil blogging serius cik akak tak pernah simpan. Asal dapat je mesti cik akak guna untuk belanja family.

Bagi yang belum layak adsense. Mohon sampai dapat. Serius seronok kalau tabungan dah penuh. Walaupun pendapatan harian tak banyak mana. Tapi ternak berbulan-bulan. Mesti dapat cashout dah. 

Berharap rezeki adsense untuk cashout lagi kedua dan seterusnya. 

2 comments:

  1. Tahiah....Saya pun dah apply satu kali USD100. Tukar ke matawang Malaysia kaw-kaw dpt RM400 lebih.

    Sekarang ni masih USD30 lebih. Bilalah pula nak sebab USD100 sebab kita perlu dapat USD100 baru boleh dikeluarkan.

    ReplyDelete