Ikan Sardin Tin Pun Mahal - Dunia Cik Akak

Sunday, December 10, 2017

Ikan Sardin Tin Pun Mahal

♥ Assalamualaikum ♥

Ikan Sardin Tin Pun Mahal  : Tadi pergi ke pasaraya. Ingatkan nak beli sardin tin. Tapi tak menjadi pula. Sebab harga mahal dari ayam sekilo. Bila barangan mahal. Sebagai pengguna kenalah bijak. Sekarang kan zaman GST. 

Imej google

Satu tin sahaja dah cecah RM8.00 lebih. Yang RM8 tu lah kira paling murah. Satu tin besar. Isi kat dalam ada 6 ekor je kalau tak silap cik akak.

Sardin tin ini macam-macam brand ada. Cik akak lebih suka ayam brand dan botan je. Yang king cup tu cik akak jarang cuba. Yeos pun jarang. 

Ada lagi yang brand tak berapa nak femes tu. Macam-malam ada. Semalam kakak cik akak ada terbeli sardin brand emas. Tapi harga setin besar memang murah. Setin hanya RM2.90 kalau tak silap cik akak. 

Bila barangan murah, kompem tak sedap. Tapi sardin brand emas tu memang sedap. Walaupun harga murah. 

Sardin brand emas tu tak de pula jual kat supermarket sebelah rumah cik akak. Yang ada dijual pun hanya king cup, ayam brand, marina, botan, yeos dan smiling. Harga pun jauh lebih mahal dari sardin brand emas. 

Alahai, sardin tin pun mahal sekarang. Beg plastik pula kena bayar 0.20....bayar GST lagi. Duit nilai RM100 pun dah tak ada nilai. Beli barang pun kompem dapat seketul dua sahaja. 

Sardin tin mahal je cik akak bising..hahah


No comments:

Post a Comment