Dekatkan Jarak Kita Episod 15 (Episod Akhir) - Dunia Cik Akak

Thursday, December 21, 2017

Dekatkan Jarak Kita Episod 15 (Episod Akhir)

♥ Assalamualaikum ♥

Dekatkan Jarak Kita Episod 15 (Episod Akhir) : Dah jatuh sayang sanggup buat apa untuk insan tersayang. Dikhianati dalam diam. Namun berbaloikah llysa menemui cinta kembali, sedangkan pernah dikhianati Arif dan Tash. Siapakah sebenarnya Dian. Betulkan anak tash. Bagaimanakah kisah selanjutnya. Berharaplah Dekatkan Jarak Kita Episod Akhir (Episod 15) minggu hadapan adalah sedikit kebahagiaan untuk llysa. 


Dalam marah tetap ada rindu. Inilah yang terjadi kepada Tash dan Ilysa. Berakhirkah kisah cinta mereka. 


Promo Dekatkan Jarak Kita Episod 15 / Episod Akhir
Sinopsis Dekatkan Jarak Kita : Mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofiya yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya. Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Kamil sebenarnya telah muflis.
Demi mengukuhkan asas agendanya, Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofiya kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofiya. Suatu hari, Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofiya didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofiya sedang menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.
Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofiya, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofiya dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya. Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofiya enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofiya dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofiya dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana kedua-dua Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofiya, Arif.
Nasib tidak menyebelahi Sofiya kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofiya memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya. Ekoran daripada tindakan Sofiya itu, penyakit leukimianya merebak dengan cepat dan mengganggu sistem-sistem yang lain dalam badannya dan akhirnya Sofiya meninggal dunia. Sofiya juga telah meninggalkan Alyssa sebuah kotak berisi rambut, kuku dan ujian DNA miliknya dan mengamanahkan Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai Sofiya untuk memperbetulkan keadaan keluarga kandungnya di Kuala Lumpur. Allysa yang berasa bersalah bersetuju dengan cadangan itu, rahsia tersebut hanya di ketahui oleh En. Kifli, Pn. Zainab dan Allysa.
Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Kamil?

No comments:

Post a Comment