Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali - Dunia Cik Akak

Friday, December 29, 2017

Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali

♥ Assalamualaikum ♥

Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali : Peribahasa ini bukan reka atau dicipta sekadar untuk bahasa kiasan. Namun ianya lebih kepada pembelajaran kepada kita. Betul kata orang, yang baik tak selamanya baik. Kerana di situ wujudnya satu kepura-puraan.


Perpatah Melayu Buat Baik Berpada-Pada, Buat Jahat Jangan Sekali adalah peribahasa yang perlu kita selami dari akar umbinya. Sebab tak semua kita memahami bahasa atau makna setiap peribahasa. 

Betul, bila kita berbuat baik. Mestilah sentiasa berpada-pada. Sebab tak semua kebaikkan berbalas dengan kebaikkan. Ada kemungkinan kita dibalas dengan seribu kemungkinan.

Ya, semsetinya kita percaya pada individu terdekat. Tapi kita tak tahu apa sebaliknya. Dia baik mungkin ada maksud tersendiri. Berhati-hatilah dengan tindak tanduk yang bakal kita terima.

Kata Orang "Rambut Sama Hitam, Tapi Hati Lain-Lain". Nampak semuanya sama. Sebaliknya tidak. Kalau dulu kita kawan, tapi sekarang kita lawan.

Kenapa Ianya Terjadi?

Mungkin hasad dengki. Dan mungkin juga cemburu buta. Dunia sekarang macam-macam ada. Ada yang jahat tapi hakikatnya sebaliknya. Ada yang baik. Namun hakikatnya bertopengkan kebaikkan. Itu lagi teruk dari makna kejahatan.

Untung kita, anda terhindar daripada niat sebegitu. Tapi ada segelintir yang inginkan perhatian. Inginkan dibelai. Mula buat onar. Kalau dulu boleh kawan, tapi sekarang boleh pula jadi lawan.

Masih juga hidup spesis  macam ini. Ingatkan dah pupus ditelan zaman. Orang sebeginilah lebih menakutkan untuk dijadikan kawan atau lawan. Sebab dia kekurangan kasih sayang dan cinta. 

Elok-elok orang kata kawan. Tapi hakikatnya ada Udang Di Sebalik Batu. 

Sebagai motivasi, abaikan manusia spesis tak reti malu. Elakkan mendekati mereka. Takut nanti memakan diri. Kata orang Yang Indah Tak Selalunya Indah. Sedangkan Ombak Menghempas Pantai, inikan Pula Kita Manusia.

Jesteru itu, berpada-pada dengan insan di sekeliling kita. Berhati-hati, sebab ramai mata-mata yang memerhatikan kita.

1 comment:

  1. jangan sakiti hati org lain. In Shaa Allah kita akan disukai org ramai...

    ReplyDelete