Bila Kau Demam, Mesti Ingat Sayur Peria - Dunia Cik Akak

Saturday, December 16, 2017

Bila Kau Demam, Mesti Ingat Sayur Peria

♥ Assalamualaikum ♥

Bila Kau Demam, Mesti Ingat Sayur Peria : Sayur peria adalah antara ubat bila demam. Lauk pauk yang pahit adalah salah satu ubat yang paling berkesan. Tu kata cik akak. Sebenar cik akak pun tak pasti kesahihan serta keberkesanan peria tersebut.

Imej google

Bila demam, perkara pertama cik akak ingat peria. Haha..sebelum ini tak kisah pun peria ke apa. Maklumlah tuan badan nak elakkan makan ubat demam. Peria juga menjadi mangsa.

Tekak orang demam ini, macam-macam nak dimakan. Yang penting lauk-pauk tu boleh melegakan tekak. Makanan masam-masam memang pilihan cik akak. Memandangkan sayur peria pahit.

Pernah makan peria masak rebus tambah ikan pusuk. Ya ampun memang pahit. Tapi pahit adalah raja ubat. 

Nanti nak cuba peria goreng telur pula. Mana tahu tekak boleh terima..hahaha..Resepi Peria Goreng Telur kena google dulu. Tak pun belasah je masak. Yang penting boleh dimakan.

Kalau rebus kosong macam tu je. Elok sangat. Air rebus boleh buat minuman harian..hihi..pahit..pahit..tolak tepi.

No comments:

Post a Comment