Bergambar Dengan Pokok Krismas Pun Jadi Isu, Pelakon Aeril Zafrel Kena Kecam - Dunia Cik Akak

Sunday, December 17, 2017

Bergambar Dengan Pokok Krismas Pun Jadi Isu, Pelakon Aeril Zafrel Kena Kecam

♥ Assalamualaikum ♥
Bergambar Dengan Pokok Krismas Pun Jadi Isu, Pelakon Aeril Zafrel Kena Kecam : Beberapa hari lepas, pelakon Aeril Zafrel telah memuatturun gambar anaknya berlatarkan pokok krimas..Ingatkan sesaja nak bersantai. Tapi lagi pula jadinya.
Hanya bergambar berlatarkan pokok krimas pun kena kecam dengan hebat. Tu pun ramai yang kononnya bajet alim. Menunding jari tanpa ada ilmu adalah kesalahan yang besar. Sebab mendatangkan kebodohan sendiri. 

Kita rakyat Malaysia, hidup pelbagai kaum dan bangsa serta agama yang berlainan. Tak salah menegur. Tapi kenalah berilmu. Kalau tengok kat Sarawak ini. Bulan Krimas memang meriah je pokok-pokok krimas di hotel atau bangunan supermarket. Sampaikan kat taman-taman pun ada. Sekarang ada pesta kat Sibu Sarawak. Pokok krimas pun meriah di dataran bandar Sibu. 

Bagi cik akak, setakat bergambar tak ada salah. Tapi lagi orang lain pandangan. 

Antara kenyataan yang diluah oleh pelakon Aeril Zafrel melalui laman instagramnya.

Bergambar Dengan Pokok Krismas Pun Jadi Isu, Pelakon Aeril Zafrel Kena Kecam

Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan anak saya bergambar dengan pokok christmas ni boleh terpesong dari agama. Untuk pengetahuan Pokok Christmas tu bukan kat rumah saya. Pokok tu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk.

Macam hal pun ada. Rakyat Malaysia memang prihatin. Janganlah sampai mengaibkan diri sendiri. Tertayang kebodohan diri yang tidak berilmu. Nak kecam biarkan kita berilmu dulu. Tak salah kita menegur. Tapi hiasi peribadi dan tutur kata. 

Kredit sumber : instagram : @aeril_zafrel

1 comment: