Ayam Penyek Homemade Simple - Dunia Cik Akak

Sunday, December 10, 2017

Ayam Penyek Homemade Simple

♥ Assalamualaikum ♥

Ayam Penyek Homemade Simple : Rajin makcik masak. Bosan tak buat apa2. Sekali praktikal ujian memasak. Manalah tahu,boleh jadi chef terkemuka. Takat goreng telur hangus..bolehlah cari cik akak. 😂😂


Berhujung minggu di dapur memang idaman para suri rumah. Tidak bagi cik akak. Bila bosan. Kompen cik akak rajin masak. Setakat masak simple-simple sahaja. Cik akak on je. 

Menu tengah hari ini, makcik goreng ayam penyek. Versi simple je. Tak payah letak rempah ratus bagai. Yang penting hasilnya sedap. 

Ayam Penyek Homemade Simple ni cik akak sharekan resepi. Boleh guna ayam apa2 je. Lebih elok guna bahagian paha ayam. 

Bahan-Bahannya 

  • 4 ketul bahagian paha ayam
  • 3 sm halia - diparut
  • Garam + perasa - sedikit sahaja
  • 3 Sudu Tepung goreng bestari 
  • 1 sudu kecil kunyit
  • Minyak setengah kuali untuk mengoreng

Caranya mudah - Peram ayam bersama halia, garam+perasa, tepung bestari dan kunyit. Peram berapa minit.

Kemudian panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas. Baru masukkan ayam yang peram tadi. Goreng hingga ranggup. Kemudian ketuk ayam siap digoreng dengan lesung batu. Ketuk sikit sahaja,biar isi terlerai sikit dari tulang.

Boleh cuba hidangan cik akak untuk menu tengah hari anda. Mudah dan amat senang disediakan.


3 comments: