ANAKKU Sazali Tidak Akan Berulang "Cikgu Azizan" - Dunia Cik Akak

Tuesday, December 19, 2017

ANAKKU Sazali Tidak Akan Berulang "Cikgu Azizan"

♥ Assalamualaikum ♥
ANAKKU Sazali Tidak Akan Berulang "Cikgu Azizan" : Cabaran dan dugaan sebagai pendidik zaman sekarang memang tak dapat dinafikan lagi. Anak-anak dah mula besar kepala dan tak menghormati para guru. Kalau dulu guru adalah ibu bapa kedua anak-anak. Namun sekarang, ianya hanya di pandang sepi.

Tuan/Puan yang budiman,

Renungkanlah pengorbanan insan bergelar guru. Siapalah kita anda tiada mereka. Pastinya tak mengenali apa itu abc dan 123. Mungkin nampak senang. Namum sebalik usaha guru sebagai pendidik haruslah dihargai.

Kisah Cikgu Azizan ini merata-rata media bercakap. Bukan hanya untuk viral. Tapi sebagai panduan untuk ibu bapa. Jangan menangkan anak-anak anda. Sedangkan perbuatan itu memang salah. Takut nanti anak tak kenal siapa ibu dan siapa ayah. 

Manjakan anak tak salah. Tapi bila bab disiplin yang boleh mempengaruhi minda anak kecil melakukan sesuatu di luar batasan. Masih lagi nak manja kan dia. 

Bayangkan, anak berumur 11 tahun. Sentiasa melakukan perkara di luar batasan. Tak kan lah kita sebagai ibu bapa nak menangkan anak kita. Sedangkan ia salah. Jangan biarkan Anakku Sazali berulang kembali. Cukuplah kita berusaha membimbing serta mendidik menjadi insan yang berguna di masa hadapan.

Bak kata perpatah melayu " Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya"

Bermaksud: Mendidik ataupun mendisiplinkan anak-anak lebih baik bermula semasa kecil, apabila sudah besar hatinya keras dan sukar diajar.

Kisah Cikgu Azizan memang meruntum jiwa para semua pendidik. Yang paling sebak cik akak dengar. 

"Saya Tak Akan Berdendam, Saya Maafkan Anak Murid Saya dan Keluarganya. Saya Doakan Semoga Anak Murid Saya Berjaya Di Masa Akan Datang".

Inilah pengorbanan dan kasih sayang seorang guru. Anak murid adalah anak-anak dia. Keluarga murid adalah keluarga dia juga. Salah silap pastinya ada kemaafan. 

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi. Kemenangan memihak kepada Cikgu Azizan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

No comments:

Post a Comment