4 Novel Terbaru Di Laman Karya Seni & Penulisan 2u - Dunia Cik Akak

Monday, December 11, 2017

4 Novel Terbaru Di Laman Karya Seni & Penulisan 2u

♥ Assalamualaikum ♥

4 Novel Terbaru Di Laman Karya Seni & Penulisan 2u : Novel terbaru yang kini hangat promosi di laman karya seni dan penulisan 2u. Novel karya 4 penulis yang berbeza. 

  • Novel Melirih Kasih Karya Marissa


Sinopsis
Bukan senang untuk FAIZAL jatuh cinta. Tapi entah kenapa mudah pula dia jatuh cinta dengan rakan sekerjanya sendiri. Ada sesuatu yang menarik tentang NURUL yang membuatkan FAIZAL tak mampu melupakan cintanya terhadap NURUL.

Seksi mungkin tidak, cantik memang ya. Tapi NURUL mampu membuatkan hidup FAIZAL menjadi ceria.

FAIZAL terpaksa gigit jari bila NURUL beritahu, dia sudah ada teman lelaki. Perlahan-lahan Faizal tarik diri dan doakan NURUL dari jauh.

Namun seperti ada sesuatu yang menghempap kepalanya bila NURUL beritahu dia sudah mengandung anak teman lelakinya dan lelaki itu sudah menghilangkan diri.

"Saya mengandung tiga bulan."
"Awak mengandung?"
"Teman lelaki awak tahu?"
"Tahu, tapi dia tak mengaku dan dia dah tinggalkan saya."
"Jantan tak guna. Dah habis madu..."
"Habis tu macam mana sekarang ni?"
"Saya tak tahu..."
"Awak jangan bimbang. Saya akan selalu bersama awak. Awak percayalah, saya akan bersama awak. Cuma buat sementara waktu, saya nak awak tenangkan fikiran awak. Jangan lakukan perkara-perkara di luar kawalan. Memang awak berdosa besar, tapi awak kena sedar, sebesar mana pun awak buat dosa, kalau awak bertaubat, insya-Allah, semua dosa awak akan terampun."

Demi cinta, FAIZAL sanggup terima Nurul dan bayinya. Demi cinta, FAIZAL pejam mata. Manusia mana yang tak pernah buat salah? NURUL juga perlu diberi peluang.
Bayi itu lahir dan diberi nama AWLIYA. Kenapa raut wajah anak NURUL tak ubah seperti wajah seseorang yang amat dikasihi dan dirinduinya? Saling tak tumpah hingga membuatkan FAIZAL benar-benar sayangkan AWLIYA tanpa berbelah bahagi?

Siapakah AWLIYA yang sebenarnya?

  • Novel Byline Cinta Wardah Karya Umi Kalsom




Sinopsis
AKU, Wardah atau popular dengan nama glamour, Wawa. Aku dan cinta bukanlah satu topik hebat untuk digandingkan bersama. Tapi, aku tak sangka... Aku juga sebegitu glamour
sehingga mampu tersenarai dalam hati dua jejaka. Malangkah mereka?

Bukan nak perasanlah, tapi emak selalu kata, cantik dan aku boleh dikatakan sebagai satu anugerah. Cuma satu yang spoil, aku memang pemalas tahap tak cukup kertas untuk bercerita. Disebabkan perangai ting tong aku, emak memang selalu risau, sampai selalu sangat laungkan 'sumpahan'...

"Adik hang dah ada orang yang nak. Mak rasa kalau tunggu orang masuk meminang hang dulu, pakat dua-dua jadi anak dara tua." -Emak

Dan ia adalah kali keseratus tiga puluh emak ulang suara pasal teori jadi anak dara tua. Eee... Mendoakan sangat! Disebabkan gerun dengan 'sumpahan' emak dan fakta usia yang makin meningkat sentiasa, aku pun cuba membuka hati untuk mencari cinta. Ada seseorang yang aku berkenan, seseorang yang sentiasa memandang aku sebagai sekuntum mawar.
"Mawar tu cantik, secantik awak..." -Mawardi

Tapi sayangnya, kecantikan aku terlalu fake dan sangat tidak serasi dengan panggilan Mawar itu. Kalaulah dia tahu. Sayangnya, dia memang tidak tahu.

Tapi seseorang yang tahu pula, sentiasa muncul dengan pandangan menyampah di hadapanku. Sentiasa mengucapkan review yang jujur sampai kadang-kadang hati aku tergores
tanpa sedar.

"Selekeh. Serabai. Busuk. Tak kemas. Tak ayu. Harapkan muka aje lawa, yang lain semua out. Totally out!" -Johan

Ingatkan senang untuk mencari cinta. Rupa-rupanya parah. Aku selesa menjadi Wawa dan bukannya Mawar yang banyak pantang larangnya. Akhirnya, aku harus memutuskan satu
antara dua. Entah siapa yang sewajarnya layak menjadi byline bagi kisah cinta aku?

  • Novel Tulis Nama Atas Batu Karya Rissa Ahdiya


Sinopsis
Kahwin dan sambung belajar atau duduk saja di rumah, tunggu jodoh kamu turun dari langit? - Haji Lutfi

Haji Lutfi mengatakan hal sedemikian kerana bersebab. Ada rahsia yang tidak diketahui oleh Najla yang masih disimpan rapi oleh kedua-dua orang tuanya. Firhad. Itulah calon bakal suami Najla, merangkap sepupu Najla juga. Najla yang mula-mula rasa terpaksa, tapi lama-lama terjatuh suka! Yalah, siapa yang tak terpikat dengan Si Firhad tu?Si kacak yang gelagatnya, kata-katanya yang sentiasa mencuit hati Si Najla.

"Tenung-tenung orang kenapa? Dah jatuh hatilah tu. Itulah, saya dah pesan, saya ni mudah aje nak buat orang jatuh cinta."- Firhad
"Huh, tak ada maknanya nak jatuh hati pada awak!" - Najla

Rumah tangga yang dibina semakin hari semakin berbunga bunga. Mereka bahagia tetapi tidak lama. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Begitu juga dengan Najla dan Firhad. Rumah tangga mereka diuji.

"Ayah saya beri awak duit sebanyak dua puluh lima ribu ringgit, kan? Awak kahwin dengan saya sebab dibayar, kan? Ayah saya yang bayar awak. Betul, kan?" - Najla
"Abang ikhlas berkahwin dengan Najla. Abang sayangkan Najla sejak lama dahulu." -Firhad

Najla tidak menyangka Firhad sanggup menipu dirinya. Dia ingatkan Firhad ikhlas, tetapi dusta semata-mata. Cek bernilai dua puluh lima ribu ringgit menjadi tukaran buat dirinya. Dia terkilan. Dia kecewa. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dirinya, tempat bergantung harap sanggup melakukan hal sedemikian terhadap dirinya.

Mampukah Firhad meleraikan kekusutan yang melanda rumah tangga mereka sementelah bukti ternyata di depan mata?

  • Novel Pelangi Untuk Ara Karya Azura Rasiddin

Sinopsis
Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

"Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara
"In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad
"In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara
"Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh.

Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka.

Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Do you still love me?" - Eiyad
"Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara

Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible?

No comments:

Post a Comment