4 Kekosongan Pembantu Laut Gred A19 - Dunia Cik Akak

Friday, December 15, 2017

4 Kekosongan Pembantu Laut Gred A19

♥ Assalamualaikum ♥

4 Kekosongan Pembantu Laut Gred A19 : Kekosongan Pembantu Laut ini melibatkan Jabatan Laut Malaysia. Hanya 4 kekosongan yang bakal diisi. 

Kekosongan Pembantu Laut A19 ini boleh dimohon melalui laman web : http://www.spa.gov.my. Tarikh tutup permohonan online berkuatkuasa pada 24 Disember 2017 ini.

Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM : RM1362.00 
GAJI MAKSIMUM : RM4034.00
KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM100.00

Kerjaya sebagai penjawat awam memang perlukan Tips/ Petua untuk lulus dengan mudah. Bak kata orang, cukup sekali menghadiri temuduga, terus dapat kerja. Bagaimana dan Cara untuk lulus temuduga. Dapatkan Tips Lulus Temuduga Kerajaan Dengan Mudah. »»Rahsia Lulus Mudah Temuduga ini mengandungi berapa teknik. Antaranya ««Teknik Lulus Dengan Mudah Temuduga»». Selain itu, teknik penulisan resume serta soalan-soalan maut penemuduga juga dibincangkan. Lagi menarik bila calon yang hadir temuduga, lulus sepenuhnya.

Untuk syarat dan kelayakan boleh rujuk pautan »»INI.

  • Deskripsi Tugas/ Senarai Tugas
  • Aspek Kewangan dan Personel

  • Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  • Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  • Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  • Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor; dan
  • Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.
  • Aspek Industri (Perkapalan)
  • Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  • Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  • Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun; dan
  • Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.
  • Aspek Keselamatan Pelayaran
  • Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  • Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  • Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj; dan
  • Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.
  • Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan
  • Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  • Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  • Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan; dan
  • Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.
  • Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)
  • Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  • Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  • Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan; dan
  • Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

No comments:

Post a Comment