Artikel Terkini

Wednesday, August 9, 2017

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 19

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 19 : Shila asyik menghantar mesej untuk meminta maaf kepada nizam. Nizam hanya membaca mesej-mesej tersebut dan tidak pernah membalas. Jom saksikan Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin Episod 17 - Episod 20 petang ini di tv3. 


Nizam terkejut dengan kebahagiaan hani, dia berjanji akan membawa diri. Shariff dan zul telah berjumpa, mereka membincangkan kenapa Mizan merahsiakan perkahwinannya. 

Sinopsis Penuh Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.
Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

No comments:

Post a Comment