Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, August 10, 2017

Bapa Bakal Berdepan Hukuman Penjara 3,000 Tahun

♥ Assalamualaikum ♥

Bapa Bakal Berdepan Hukuman Penjara 3,000 Tahun : Semalam ada juga cik akak tertonton berita ini. Seorang bapa yang diamanahkan untuk melindungi anak-anak sanggup sekejam begini. Semakin hari semakin berani tanpa ada rasa perikemanusiaan langsung. 

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah seksual terhadap kanak-kanak atas 182 pertuduhan melakukan serangan seksual termasuk liwat dan rogol anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

PUTRAJAYA; Seorang bapa yang akan didakwa atas lebih 600 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap anak kandungnya, bakal berdepan hukuman penjara 3,000 tahun, jika sabit kesalahan. 
Dia juga berkemungkinan disebat, berdasarkan peruntukan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Akta Kanak-Kanak 2016. 
Sebelum ini, polis memaklumkan lelaki itu berdepan 599 tuduhan meliwat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan. 
Bagi kesalahan itu, penjara maksimum yang boleh dikenakan terhadapnya adalah 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan. 
Bagi pertuduhan merogol, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. (sumber - berita harian)

4 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN