Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, July 18, 2017

Watak Aprena Manrose Perosak Rumah tangga Dalam Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin

♥ Assalamualaikum ♥
Watak Aprena Manrose Perosak Rumah tangga Dalam Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin : Bagi yang mengikut drama slot akasia terbaru ini, pastinya tidak asing lagi untuk mengenali pelakon Aprena Manrose. Memegang watak sebagai bekas isteri kepada saiful mizan. Mula-mula kemain lagi tak nak dengan saiful mizam. Tapi, dalam episod 6 ini mahu muntah hijau menonton. Emosi cik akak depan tv. Haha..betapa hebat penangan dram a Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin pada cik akak. Lebih-lebih lagi diwujudkan dengan watak perosak rumah tangga. Kita yang menonton pun rasa nak hantuk kepala dia kat dinding..haha.. Apa pun drama ini, memang memberi emosi kepada setiap penonton. 



Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin : Kalau duda tu tak nak, aku lagi tak hingin!

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.
“Perempuan apa awak ni ha?! Tak malu ke merayu pada lelaki yang tak sudi? Inilah orang kata, perigi cari timba. Tengok awak pun saya tak ada selera. Inikan lagi nak menikah.”– Saiful Mizan.
Pelakon Aprena Manrose 

“Saya tak akan minta apa-apa dari awak, saya tak akan tuntut apa-apa dari awak. Apa saja permintaan awak, saya akan ikut. Saya merayu, tolonglah.”- Yuhanis.
Yuhanis tidak peduli dan terus mendesak. Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat.
“Saya tak mahu awak mengganggu hidup saya. Bila saya berada di rumah, awak jangan lalu-lalang menyemakkan mata saya, faham? Awak nak buat apa, nak ke mana pun, suka hati awaklah. Saya izinkan dan saya tak kesah sebab awak bukan urusan saya. Jangan fikir perkahwinan ini untuk selamanya. Okey?”- Saiful Mizan
Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.
“Abang Mizan, how I miss you. I want to be with you.”- Suraya
“Hani tahu kan, abang sayang Hani. Abang cinta Hani.”- Sharul Nizam
Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

2 comments:

  1. Ala.. Asyik tak tertengok je.. Masa tengok promo dia tu nampak cam menarik citer ini..

    ReplyDelete
  2. Laaaaa aprena ni ngan octavia manrose adik beradik rupanyaaa.. sepupu sepapat senrose jugak

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN