Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, July 25, 2017

SINOPSIS FILEM KAU YANG SATU LAKONAN AARON AZIZ & IZARA AISHAH

♥ Assalamualaikum ♥

SINOPSIS FILEM KAU YANG SATU LAKONAN AARON AZIZ & IZARA AISHAH : Filem adaptasi novel Kau Yang Satu Karya Nia Azalea.Menggandingkan empat pelakon hebat iaitu Aaron Aziz dan Izara Aishah sebagai watak utama. Didampingi oleh pelakon Hisyam Hamid dan Soo Wincci sebagai watak tambahan. Filem Kau Yang Satu ini bakal ditayangkan di pawagam pada 27 Julai 2017 akan datang. 



OST KAU YANG SATU - INDAH RUHAILA



Sinopsis Novel Kau Yang Satu : Kisah bermula apabila Datuk Mustaza ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan. Dan diselamatkan oleh seorng nelayan bernama Sulaiman. Kerana ingin membalas budi hasrat menjodohkan anaknya Taufik dengan Salina iaitu anak Sulaiman di laksanakan.

Taufik menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang modal terkenal bernama Isabella. Manakala Salina pula sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli, anak ketua kampung.
Namun jodoh tiada siapa dapat menghalang. Mereka disatukan walaupun hati dan perasaan diamuk tentangan. Jadi la mereka ibarat orang asing walaupun sebumbung.
Sekian lama serumah akhirnya Taufik kecundang dalam egonya. Tanpa disedari tumbuh bibit-bibit cinta antara dirinya dengan Salina. Ditambah dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik Taufik. Api cemburunya marak tanpa di pinta. Dan dia berusaha agar Salina menyintainya.

Dan sesungguhnya, mereka memang ditakdir bersama. Apabila Salina bersedia menerima cinta Taufik. Dan mereka melayari bahtera cinta dengan bahagia.

Namun, sedang hangat menyemai rasa datang musibah tidak dipinta. Isabella membuat onar dengan mengatakan dia hamil hasil hubungan cintanya bersama Taufik. Sedangkan dia tahu Taufik tidak pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu. Taufik tertekan. Semua orang menyalahkannya termasuk isteri tercinta. Dia buntu. Tiada lagi kepercayaan untuk dirinya. Dan dia tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bersama rasa kecewa, Taufik membawa diri ke luar negeri. Memujuk hati sendiri. Merendam lara diri.

Kebenaran terungkai sudah, Salina menyesali ketelanjuran diri. Menuduh suami yang setia tanpa usul periksa. Kekesalan mencengkam jiwa lantas Taufik dijejaki.
Menemui suami tercinta yang sudah tercalar hatinya bukanlah mudah untuk Salina memujuk Taufik memaafkankan dirinya. Taufik mengeraskan hatinya walaupun sayang masih menebal dan rasa kasih dan kasihan pada Salina yang sedang sarat itu.
Akhirnya Taufik melembutkan hatinya, menepis ego demi kebahagian masa hadapan. Sesungguhnya 'tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu... Kau yang satu

Prolog Filem Kau Yang Satu

 
Takdir Allah menentukan bot peribadi Mustaza karam di tengah laut China Selatan. Namun, umur ahli perniagaan tersohor itu masih panjang apabila diselamatkan oleh Sulaiman, nelayan yang telah pun melangkau usia separuh abad, yang tinggal di perkampungan Cherok Paloh.

Miskin harta tidak bermakna miskin budi pekerti. Itu yang dapat disimpulkan oleh Mustaza. Kemesraan layanan Sulaiman sekeluarga membuatkan hatinya benar-benar terpaut. Itu yang mendorong Mustaza untuk kembali ke kampung Cherok Paloh bersama hajat yang setinggi gunung.
 
                                ***********************************************
Sulaiman melemparkan pandangannya jauh-jauh. Dia berasa malu dengan tetamu yang datang ke rumahnya itu. Terasa dirinya serba kekurangan. Tidak layak rasanya menerima kunjungan tetamu kehormat. Ahli perniagaan terkenal pula tu. Kalaulah Salina tidak membeli ikan bilis dari kedai runcit di hujung kampung, sudah tentu sampai sekarang pun Sulaiman masih tertanya-tanya identiti Mustaza. Gara-gara suratkhabar yang membungkus ikan bilis itulah, Salina mendapat tahu perihal diri Mustaza yang sebenarnya.
 
“Datin Aisyah macam mana? Sihat? Kenapa tak ajak dia datang sekali?” Tanya Sulaiman.
 
“Abang, usahlah berdatin dan berdatuk dengan saya. Panggil aje nama. Lebih mesra. Lagipun saya dah anggap keluarga abang ni, macam keluarga saya,” usul Mustaza.
 
Sulaiman hanya mengangguk dan mengukir senyuman.
 
“Bukan dia tak nak datang. Saya yang tak nak bawa. Bukan apa, saya datang pun nak melawat projek dekat-dekat sini. Jadi saya pun singgah sekejap.”
 
Sulaiman mengangguk. Dia sudah tahu itu semua. Orang kampung Cherok Paloh sudah heboh bercerita tentang pembinaan resort berhampiran kampung mereka.
 
Malah dia sendiri kalau turun ke laut, memang tidak pernah lepas memandang pekerja-pekerja asing Bangladesh, yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan projek pembangunan resort yang satu-satunya berhampiran dengan perkampungan nelayan.

 
“Mana yang lain?” Mustaza meliarkan matanya memandang ke seluruh pelusuk rumah.
 
Tidak banyak perabot yang menghiasi ruang tamu. Sekadar set kerusi rotan yang usang. Atap gentingnya pun ada yang bocor. Lantai rumah sekadar dilapik dengan tikar mengkuang. Walaupun demikian keadaan rumahnya nampak bersih dan kemas. Dijaga begitu rapi.
 
“Mereka ke sekolah. Ada aktviti petang. Biasalah Mustaza, sekolah sekarang bukan macam dulu-dulu lagi. Ada-ada aje aktiviti luar.”
 
Mustaza mengangguk tanda setuju.
 
“Tak apalah abang. Budak-budak nak belajar. Lambat-laun mereka berjaya, abang pun boleh tumpang senang.”
 
Sulaiman mengeluh. Muka ditundukkan. Tumpang senang? Salina pun hanya berjaya disekolahkan sehingga ke Tingkatan 6. Itu pun separuh jalan. Tidak mampu dia hendak menanggung yuran persekolahan. Itu belum masuk belanja pakaian dan peralatan sekolah. Masih teringat lagi betapa peritnya mencari wang untuk membiayai peperiksaan Angah dan yuran khas Ripin.
 
“Entahlah Mustaza, susah nak cakap. Tengoklah sendiri kehidupan saya ni. Sekarang ni pula musim hujan. Kalau boleh saya pun tak nak Angah dan Ripin jadi macam Salina. Belajar separuh jalan saja…-”
 
“Hisy, saya kan ada. Kalau setakat masalah wang ringgit, saya boleh tolong. Takkanlah saya nak berkira. Saya sebenarnya terhutang nyawa dengan abang. Hutang nyawa tak sama biar pun dibayar dengan wang ringgit.”
 
“Saya malu nak menyusahkan Mustaza sekeluarga,” ujar Sulaiman dengan rasa rendah diri.
 
“Abang dengar sini,” Mustaza mengengsot sedikit, merapati Sulaiman yang masih menundukkan mukanya.
 
“Abang tak menyusahkan saya. Saya yang ikhlas nak tolong. Saya tak nak abang anggap saya macam orang luar. Kalau boleh, hubungan kekeluargaan ini kita rapatkan lagi. Itulah sebaik-baiknya. Boleh begitu?”
 
Dengan perlahan-lahan Sulaiman mengangkat muka. Ada tanda tanya yang bermain di dalam benaknya. Samar-samar wajah Mustaza, dikaburi air jernih di kelopak matanya. (kredit sumber : http://www.gempak.com/artikel/5844/sedutan-novel-kau-yang-satu-pertemuan-antara-datuk-mustaza-dan-sulaiman)


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN