Header Ads

Kali Pertama Menggunakan Perkhidmatan GrabCar Di Sibu, Sarawak

♥ Assalamualaikum ♥

Kali Pertama Menggunakan Perkhidmatan GrabCar Di Sibu, Sarawak : GrabCar ini dah sesekian lama wujud di semenanjung malaysia. Namun, di sibu, sarawak baru aktif berapa bulan. Kali pertama menggunakan GrabCar memang mudah dan pantas. Hanya menggunakan Aplikasi sahaja kita boleh mendapatkan kenderaan dengan mudah. 
Hasil carian imej untuk grabcar sibu

Kali Pertama Menggunakan Perkhidmatan GrabCar Di Sibu, Sarawak, tidak dinafikan perasaan takut memang ada. Sorang-sorang duduk sebumbung dengan orang yang tak dikenali. Siapa tak takut, siapa tak risau. Bila dah mencuba kali pertama, alhamdulillah pemandu GrabCar ini memang bertanggungjawab. Siap boleh sembang-sembang. Kereta yang digunakan pun, kereta bersaiz besar...hihi..Terjakun pula, bila duduk bagaikan orang besar. haha

Untung ada perkhidmatan GrabCar di Sibu, Sarawak. Selepas ini, senanglah cik akak nak pergi balik kerja. Tak payah nak tunggu lama. Cuma berhubung melalui aplikasi grabCar sahaja.

Tapi sebelum tu kena install aplikasi GrabCar ini di play store >>https://play.google.com/store/apps/details?id=com.grabtaxi.passenger. Daftarkan diri anda sebagai penumpang. Cik akak sarankan korang register guna phone nombor. Agar mudah untuk berkomunikasi. 

Apa-apa pun, memang cik akak perlukan GrabCar. Yang penting selamat sampai lokasi. Terima kasih kepada pemandu GrabCar.

Nak register jadi pemandu GrabCar pun boleh. Hasil pendapatan lumayan juga. 

No comments

Powered by Blogger.