Artikel Terkini

Saturday, July 8, 2017

Baca Novel Kutunggu Dudamu Bab 1 - Bab 13

♥ Assalamualaikum ♥
Baca Novel Kutunggu Dudamu Bab 1 - Bab 13 : Ini bukan kisah aladin dengan lampu ajaibnya. Tapi ini adalah kisah cinta aladin dan dara. Menyulam cinta tapi tak kesampaian. Aladin beralih arah. Kenapa dan mengapa, tak mampu lagikah cinta yang disulam bertahun-tahun akhirnya terputus dipertengahkan jalan. Dek hati lara, maka si gadis membawa diri. Hinggakan suatu saat dipertemukan dengan cara yang berbeza. Mampukah dara menangani masalahnya dengan jiwa yang kental. 



Dara hilang arah apabila tiba-tiba Aladin mahu mereka berpisah sedangkan cinta mereka sedang berada di kemuncak bahagia. “Apa salah I, Al?” - Dara “You tak salah apa-apa, Dara. Cuma jodoh kita tak ada.” - Aladin Rupanya, Aladin sudah mengahwini Sasha. Sangat menyakitkan kerana Sasha itu adalah sahabatnya sendiri. Sahabat yang menikamnya dari belakang. Bertahun berlalu, Dara tak pernah menyangka dia akan bertemu lagi dengan Aladin dan Sasha. Rumah yang baru dibelinya, berjiran dengan mereka. Dan berlakulah ‘perang jiran tetangga’ “I punya suka lah. Kalau tak suka blah. Pindah rumah. Senang cerita.” -Sasha “Tengoklah siapa pindah dulu.” - Dara “A bitch is always a bitch.” - Sasha “Tak payah goyah lah kalau betul Al cintakan kau. Tapi kalau dia berpaling pada aku, bermaksud kau tak cukup baik untuk dia.” - Dara Betul ke Sasha tak cukup baik buat Aladin? Hanya Aladin yang mampu menjawabnya. Dan Dara, kenapa masih sendiri jika sudah mampu melepaskan cintanya?
“You masih teringat kat orang sebelah lagi?”
Aladin tak menjawab. Dah penat bertelagah dengan Sasha tentang isu yang tak pandai habis.
You sayang I?
You cintakan I?
You janji akan sehidup semati dengan I?
Macam mana nak tunaikan semua tu kalau Sasha tak pernah cuba untuk berdiri seiring dengannya untuk mengubah cara hidup mereka berdua. Bila Aladin sudah mula melangkah meninggalkan dapur, suara nyaring yang memanggilnya memaksa dia untuk menoleh semula.
“I hate you! I hate you!” Sasha bagaikan dirasuk dan dalam sekelip mata serpihan kaca di tangan dihalakan ke arah Aladin yang cuba mengelak.
“What the....hell???”
Mata Aladin terarah pada tapak tangan kanannya yang mula berdarah. Dan Sasha di depan cuma tersenyum sinis sebelum meninggalkan dia termangu sendiri di situ.
“That’s the price that you have to pay, Al. Lain kali I akan buat lebih daripada itu.”
Aladin betul-betul terdiam. Dia akhirnya terduduk dan bersandar di sebalik kaunter. Darah yang menitis dari tangan kanan dibiarkan saja.
Ya Tuhan, sampai beginikah dugaan yang dia perlu hadapi di dalam rumahtangganya dengan Sasha? Serius dia dah tak nampak masa depannya bersama Sasha. Andai berterusan begini, silap hari bulan talak ke atas isteri akan jatuh juga.

No comments:

Post a Comment