Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, July 31, 2017

Akan Datang Drama Andainya Takdir 2

♥ Assalamualaikum ♥

Akan Datang Drama Andainya Takdir 2 : Wah pengarah drama dah buat kesinambungan drama andainya takdir. Mesti ramai tak sabar ingin mengetahui kisah selanjutnya antara Fatiha dan Airil. Drama Andainya Takdir memang drama yang membuat penonton emosi. Membuatkan penonton geram dan pastinya membuatkan penonton tak sabar nak tunggu esok. Betapa hebatnya penangan drama andainya takdir ini. Kini dikhabarkan lagi dengan kesinambungan Andainya Takdir 2 bakal berlangsung di kaca tv. Apa kata anda. Tarikh dan masa siaran kita tunggu dapat informasi lagi. 


"Ya, akan ada Andainya Takdir 2 kerana saya sendiri sudah menjangkakan cerita tersebut akan meletup sebelum ini di mana saya percaya formula menghasilkan karya yang dekat dengan masyarakat selalunya tidak menghampakan."Kalau Andainya Takdir sudah mampu buat orang geram, untuk sekuelnya nanti saya akan pastikan orang jadi lebih geram dengan konflik-konflik dicipta berdasarkan kisah-kisah yang pernah berlaku dalam masyarakat kita," katanya kepada mStar Online.
Baca lebih lanjut di mstar

Sinopsis Andainya Takdir : Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir.
Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.
Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.
Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?

3 comments:

  1. Aduhh nak bagi melekat kat tv la ni hahahahaha

    ReplyDelete
  2. ada sambung nanti ----- bestnya
    andainya takdir membuatkan hati makin marah ni ---- kita tunggu

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN