Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, June 6, 2017

Sinopsis Cerekarama Puisi Sedih Al-Kitab

♥ Assalamualaikum ♥
Sinopsis Cerekarama Puisi Sedih Al-Kitab : Telemovie kedua sempena ramadan ini. Sebelum ini kita telah disajikan dengan Telemovie Ramadan Terindah Nurani yang menggandingkan Izara Aishah dan Amar Asyraf. Telemovie tersebut telah mengangkat emosi penonton dan rata-rata menyukaikan watak izara aishah. Pelakon yang tak pernah menghampakan penonton. Terbaru untuk slot cerekarama TV3 sempena ramadan ini, kita bakal disajikan pula dengan telemovie yang diterajui oleh pelakon siti elizad dan khir rahman serta ramai lagi pelakon terlibat. Adakah telemovie puisi sedih Al-Kitab ini bakal menjadi pilihan penonton juga. Dan mungkinkah telemovie ini akan menjadi trending dan viral media. Jom kita layan Sinopsis Puisi Sedih Al-Kitab.

Puisi Sedih Al-Kitab, 10 Jun 2017
Produksi              : Aniq Communication
Pelakon                : Siti Elizad, Khir Rahman, Liza Othman, Riz Amin, Sein (Syed Hussein)

SINOPSIS PUISI SEDIH AL-KITAB :
Nadirah telah dihadiahkan dengan sebuah Al-Quran oleh ayahnya apabila dia berjaya khatam Al-Quran. Nadirah membawa Al-Quran tersebut ke kolej dan hanya membiarkannya. Dia bukan saja tidak membaca malahan tidak pernah membuka Al-Quran itu. Masa telah berlalu, kini Nadirah sudah berkahwin dan mempunyai anak. Satu hari, dia didatangi seorang lelaki asing yang membawa naskhah Al-Quran. Nadirah mula rasa malu apabila dia mendapat tahu lelaki itu mempelajari Islam dengan membaca Al-Quran manakala Nadirah telah lama meninggalkannya.
SitiElizat
Saksikan penampilan Siti Elizad dalam Puisi Sedih Al-Kitab.
Sumber tontonextra.com

1 comment:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN