Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, June 13, 2017

Resepi Inti Popia Gulung

♥ Assalamualaikum ♥

Resepi Inti Popia Gulung : 18 ramadan menyusul, popia gulung cik akak pun dah siap. Menu wajib musim raya. Balang mesti ada popia gulung. Alhamdulillah dapat lah dua bekas besar. Penat gulung popia ni tau. Tapi gigih juga nak siapkan. Minggu depan nak buat popia sambal pula. Rajinnya cik akak korang. Popia je senang buat. Tak payah nak uli tepung. Inti popia ni cik akak buat sendiri. Lebih jimat dan rasa memang ikut selera sendiri. Resepi Inti Popia Gulung versi cik akak. Jom ikut langkah demi langlah..haha


Resepi Inti Popia Gulung

  • 500gm Udang kering @ sesar 
  • 200gm gula halus
  • 5 sudu makan cili serbuk
  • 5 sudu makan cili giling
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit serbuk perasa
  • Sedikit garam

Cara membuatnya

  1. Rendam udang kering @ sesar dalam air panas. Dah lembik, toskan.
  2. Kemudian blender udang kering @ sesar.

Bahan menumis - blender bawang merah dan bawang putih. Pastikan jangan tambah air. Biar kering. Lebih mudah, tumbuk guna lesung batu.

Selesai dua bahan asas. Korang gorenglah seperti biasa. Tumis semua bahan dan akhir sekali masukkan udang kering @ sesar. Tumis guna api pelahan hingga kering.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN