Header Ads

BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 05 Jun 2017 Akan Datang

♥ Assalamualaikum ♥

BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 05 Jun 2017 Akan Datang : Berita gembira buat rakyat Malaysia yang berlayakan dapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pembayaran untuk peringkat kedua bakal dibayar mulai 05 Jun 2017 akan datang. Semoga dengan pembayaran tersebut bolehlah menampung sedikit sebanyak persiapan raya. Bagi yang lulus dan berlayakkan bolehlah semak akaun anda pada tarikh yang telah ditetap. BR1M Peringkat Kedua Dibayar Mulai 05 Jun 2017 Akan Datang.
KUALA LUMPUR: Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.
Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.


"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

3 comments:

  1. Selamat berpuasa Cik Akak.. Semoga dengan pengagihan brim ini dapat meringankan mereka di bulan Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. semoga bermanfaat pada yang terima..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.