Artikel Terkini

Monday, May 15, 2017

Novel Aku Bukan Perampas!

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Aku Bukan Perampas! : Tajuk novel kemain lagi kan. Inilah salah satu novel terbitan buku prima. Apa yang menariknya novel adalah tajuk yang unik. Cik akak tak baca lagi Novel Aku Bukan Perampas! Nanti-nanti je cik akak baca sebab cik akak dah terjumpa link pautan novel online. Kalau korang berminat...boleh beli novel ni di pautan INI.




Sinopsis Novel Aku Bukan Perampas !
Mahligai cinta Nur Jannah runtuh apabila dikhianati suami tersayang. Aiman Ezri yang mengatakan cinta, kembali menyulam kasih bersama Zurina. Rizman Fakhruddin, entah bagaimana hadir membawa bahagia, mengajar Nur Jannah untuk terus bertahan.

Hadirnya Sahara, teman baik Zurina mencipta sengketa. Sahara kembali mengemis kasih Rizman Fakhruddin, lelaki yang pernah dia kecewakan dulu. Namun semuanya menemui jalan buntu setelah cinta bekas kekasihnya kini juga untuk Nur Jannah.
Dasar perampas kekasih orang! Itulah kata-kata Zurina dan Sahara kepada Nur Jannah apabila dua lelaki yang mereka cintai, mencintai gadis yang sama. 

Perlukah cinta Rizman Fakhruddin diterima dengan rela hati sedangkan Nur Jannah sudah menjadi milik orang? Mengapa Aiman Ezri tega untuk terus bersama jika cinta itu sememangnya telah tiada?


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!