Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, April 25, 2017

Hina Mediang Bapa, Watson Nyambek Buat Laporan Polis

♥ Assalamualaikum ♥

Hina Mediang Bapa, Watson Nyambek Buat Laporan Polis : Siapa tak kenal dengan jaguh pecut negara. Suatu ketika dahulu pernah mengharumkan nama negara Malaysia. Tapi lain pula kisah berapa hari lepas. Kecoh pengacara tv bikin kecoh. Nak bergurau berpada-pada. Jangan sampai memakan diri.


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata boleh membinasakan diri. Mungkin sedar dengan gimik gurauan melampau. Tak sedar orang lain terasa. Bila cik akak menonton video tersebut. Memang agak melampau. Rata-rata rakyat Malaysia nonton. Agak2 lah buat lawak. 

Status Watson Nyambek :

"Orang hina saya miskin, bankrap, tak ada apa saya terima, nak ketawakan saya apa boleh buat,nasib kita macam tu,tapi bapa saya bukan binatang untuk dipersendakan,” tulis Watson dalam Facebooknya.

"Perkara ini telah mengaibkan saya dan keluarga saya, tindakan tegas perlu diambil, saya mahu polis siasat motif sebenar mereka bertindak demikian," katanya.

Kalau cik akak di situasi beliau pun. Memang sukar untuk memaafkan. Sebab benda ni bukan remeh. Melibatkan maruah keluarga beliau. Semoga apa yang berlaku hari ini, menjadi pengajaran buat pengacara di luar sana. Jangan kejar populariti hanya nak dapat nama. Jaga adap sopan bila bersiaran langsung. 

1 comment:

  1. Moga menjadi pengajaran dan ingatan..sebab tu diam itu lebih baik kalau rasa2 banyak berbicara itu menimbulkan banyak masalah..bergurau boleh..tapi ada batasannya..

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN