Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Tuesday, November 8, 2016

Dulu Cik Akak Kena Denda Gali Parit Pun Tak Kecoh Macam Budak-Budak Sekarang

♥ Assalamualaikum ♥

Dulu Cik Akak Kena Denda Gali Parit Pun Tak Kecoh Macam Budak-Budak Sekarang

Memang sah anak zaman sekarang nie manja terlebih. Cik akak dulu kena denda gali parit dari asrama perempuan ke asrama lelaki mana de kecoh macam budak sekarang. Ibu rilek je. Tahu anak buat salah. Kenalah bagi pengajaran.



Kesalahan tak ada lah besar mana. Sampai gali parit. Biasalah orang suka sembang lebih. Kan dah kena tulis nama. Alamak jumpa parit lah jawabnya. 

Dengan berbaju uniform sekolah. Ambik kau kemain lagi seronok dapat ponteng kelas. Gila perangai cik akak zaman sekolah dulu. Nampak je ayu..haha..tapi perangai kecoh memang boleh bla...

Tengok zaman sekarang...alah lambat je..duduk atas tar. Dah cukup simple je denda. Kalau berdiri lain lah cerita. Nie duduk. Viral..viral juga, tapi jangan manjakan anak terlampau sangat. Nanti anak pula pijak kepala ibu bapa. 

Kecoh sana sini isu nie. Macam tak ada benda lain lagi nak buat. Benda tak berfaedah juga nak sangat diviral. Media...media..agak-agaklah. 

Masuk news paper, kementerian follow up. Ambik lah,dah tak ada kerja lain. Tu pasal semua buat bodoh...haha..

Nak cik akak senaraikan denda zaman cik akak sekolah dulu. Meh cik akak listkan..

  1. Lambat solat subuh..kena ketuk guna batang penyapu
  2. Bising dalam kelas..kena hadap parit sekolah
  3. Tertido masa study malam..kena duduk luar kelas sambil kira bintang
  4. Terlupa buat karangan BM..jalan itik depan bilik guru
  5. Tak hadir makan petang ahad..buat batas lepas tu tanam sayur
  6. Bising dalam kelas..junjung kerusi pusing blok kelas

Kalau nak dihitung dengan denda orang zaman sekarang. Memang cukup bertuah. Anak kena jentik. Ibu bapa yang sentap. Dah anak salah buat salah. Tak payah nak kecoh sentap bagai. Entahlah anak biasa dimanja. Memang begitu lah...

5 comments:


  1. Betul tu, budak sekarang jentik pun Xboleh.
    Zaman dh berubah Cik Akak.

    ReplyDelete
  2. Budak2 zaman skrg ni mewah d mnjakn sgt, itula byk yg pijak kpala..jauh beza dgn zamn kita dulu2.

    ReplyDelete
  3. ehehleh..budak sekrg nie jenis manja sangat..demanding jer tinggi...tp otak tara pakai...yang suka viral nie pun spesis anak dia juga...nmpk sangat anak tu marah pun x leh...kalo nak sangata anak tu tak nak kena denda...berhentikan sekolah jer..tak yer sekolahkan..nanti dah besar menyusahkan semua individu...zaman sy dulu lagi dasyhat..guru2 lagi garang..wakakka kalo dah wat salah nak pandang cikgu tu pun tak sanggup wei

    ReplyDelete
  4. cik akak..rasa mcm nak balik zaman sekolah kan..mcm suka plk kna denda tu..junjung kerusi, jln itik, berdiri atas kerusi.. alahai rindunya nak kna denda mcm tu lagi...nostalgia sgt..haha

    ReplyDelete
  5. manja sangat la budak skrg..kita dulu kena lagi teruk tak kisah pun.. Enjoy ja =)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN