Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Thursday, October 13, 2016

Viral....Kecoh Drama Patahnya Sebelah Sayap Tiru Drama Korea Secret Love

♥ Assalamualaikum ♥

Viral....Kecoh Drama Patahnya Sebelah Sayap Tiru Drama Korea Secret Love


Inilah rakyat Malaysia sekarang..Tak bangga dengan pencapaian pengarah filem mahupun penerbit drama. Asyik nak kecoh je...asyik nak sentap je....Lepas tu komen itu dan inilah. Tak puas hati bila drama yang ditayangkan di tv klon mana-mana drama. Bagi cik akak...tak kisah lah...hak penerbit dan pengarah itu sendiri. Apa yang penting tak payah kecoh sana sini. Ok...boleh viral tak jangan menjatuhkan air muka orang lain. Tak suka tak payah tonton. Kan senang...haha....Selama drama slot samarinda ni bersiaran di TV3. Kecoh drama ini mendapat tempat di hati penonton. Walaupun, ada sesetengah penonton tak berpuas hati. Sebab kes kemaruk sangat dengan cerita korea...haha....Cik akak bangga jadi anak Malaysia..tak payah cik akak nak bangga dengan drama lain...haha..Lepas...pasti cik akak kena kecam peminat drama korea....haha..sekian..
Hasil carian imej untuk TAK PUAS HATI DENGAN DRAMA PATAHNYA SEBELAH SAYAP

SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?>>>Sumber Sinopsis Patahnya Sebelah Sayap

Drama Korea - Secret Love

>>>Sinopsis Drama Secret Love

21 comments:

  1. xkisah la...janji cerita ni best,...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi kak ida..haha...layan juga ke

      Delete
  2. cerita ni best Cik Akak. memang sedih. Ros suka lakonan Ummi Nazeera ni :)

    ReplyDelete
  3. x kisah janji drama ni memang bewst

    ReplyDelete
  4. wahhh..dari sinopsis nya macam best ja cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pulak klon cite korea ni... patah sebelah sayap ni memang best. sedih sangat.. tapi frust bila timbul adegan x logik mcm rantai yg hilang di ofis tu kuzairi terus tuduh alisha mcm tu je.. ofis mcm takde cctv dan bila dah jumpa x tanye jumpa kat mana.

      Delete
    2. memang best....cik akak semalam baru follow..haha

      Delete
  5. Tak tau pulak klon cite korea ni... patah sebelah sayap ni memang best. sedih sangat.. tapi frust bila timbul adegan x logik mcm rantai yg hilang di ofis tu kuzairi terus tuduh alisha mcm tu je.. ofis mcm takde cctv dan bila dah jumpa x tanye jumpa kat mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik akak tak mengikut semua episod...semalam baru nak menonton

      Delete
  6. katanya best.. tapi kak mia belum tengok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak mia....jangan terjebak...nanti melarat..hihi

      Delete
  7. yup..copypaste drama korea..tapi yang up status tu tak perlu up status setiap hari..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mar...sengaja nak kasi viral gempak..hihi

      Delete
  8. Best ker ermmm..nak g main boling jap haha

    ReplyDelete
  9. Emmmmmm tak tgok pun dua2 cerita. So taktau pulak ada org dok kecam2 ni. hehe. Tapi pelakon patanya sebelah sayap tu mantap semuanya (y)

    ReplyDelete

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN