Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Wednesday, September 7, 2016

Sinopsis Drama Lara Aishah

♥ Assalamualaikum ♥

Sinopsis Drama Lara Aishah




Sinopsis Lara Aishah : Mengisahkan tentang dua wanita iaitu Aishah yang berjuang untuk menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan mengenai bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya yang telah hilang. Zurin telah dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu telah dirancang oleh ibu mentuanya.
Apabila dibebaskan dia medapat tahu bahawa anaknya telah diculik ketika kecil dan masih hidup , lalu Zurin nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah yang dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia hanya bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, lalu Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis tersebut.

Pergaduhan di antara mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris daripada keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya seorang mekanik yang miskin. Perkenalan itu telah membuahkan bibit-bibit cinta di antara mereka. Dalam pada masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dyang dimana sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Ditambah dengan kehadiran bekas kekasih Aishah yang merumitkan lagi keadaan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN