Artikel Terkini

Tuesday, September 6, 2016

Novel Misi Terlajak Cinta Karya Mytun Abdullah - Novel Online

♥ Assalamualaikum ♥

Novel Misi Terlajak Cinta Karya Mytun Abdullah - Novel Online



Novel Misi Terlajak Cinta Karya Mytun Abdullah >>>beli Online SINI

Misi: Misi balas budi
Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet
Umur: 28 Tahun  
Jantina: Lelaki
Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula

Kronologi kes:
Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang’ kepada seseorang. Hutang duit dia mampu bayar, tapi hutang budi dan nyawa? Memang dia kenang sampai mati.

“Kerana budi, bertukar nyawa pun saya sanggup...” - Teja Iman.

Tapi, misi yang dirancang tak semudah macam makan kuaci. Memang haru biru jadinya apabila interior designer seperti dia yang sah-sah buta ilmu perubatan nak jadi pembantu fisioterapi. Untuk berhadapan dengan Uqail Wasim, hati seorang Teja Iman kena kebal, kuat dan padu. Telinga kena kalis peluru setiap kali ‘ditembak’. Kena sentiasa positif walaupun ada ketika dia rasa macam nak cekik diri sendiri. Mental tak boleh calar. Jiwa kena 200% kental! Nak pula berhadapan dengan mummy Uqail yang kerek tahap jingga.

“Ni hah! Apa pasal kau tak bawa baldi aje? Kan senang! Boleh aku berenang terus!” - Uqail Wasim

Misinya mula goyang apabila adik si target tiba-tiba muncul pula. Kononnya nak menuntut cinta yang terputus di tengah jalan suatu ketika dulu. Serius buat Teja rasa nak sewel.

“Walau apa pun terjadi, I won’t let you go. Never! Teja! You adalah milik I selama-lamanya! Sekali I sayang, I akan sayang sampai mati!” - Uqasyah Wajdi

Top-up pula dengan cik tunang target yang perasan cantik dan tak sedar diri tu…

“Jangan harap kau nak rampas Uqail dari aku! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak dan seluruh urat saraf kau yang Uqail tu adalah tunang aku! Kau sedar diri kau tu siapa!” - Amni Balqis

Apa yang berlaku apabila nak dibalas budi, tapi cinta pula yang terpancing? Matilanak…
Lebih parah pula apabila cinta yang baru berputik itu menuntut satu pengorbanan.

“Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, saya nak awak kahwin dengan Uqasyah Wajdi. Dan totally hutang budi awak langsai... Kosong-kosong! Your mission accomplished!” – Uqail Wasim

Apa pilihan yang Teja ada?  Berjayakah misinya tu?

No comments:

Post a Comment