Latest

UNTUK DISEWA RM50 SEBULAN BANNER 728X90

Monday, August 8, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15 / Episod 16 / Episod 17 / Episod 18

♥ Assalamualaikum ♥

Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15 / Episod 16 / Episod 17 / Episod 18


>>>>Sayangku Kapten Mukhriz Episod 15 / Episod 16 / Episod 17 / Episod 18


Senyumannya meleret. Tangannya juga sudah merayap. Dari kepala, mula turun ke bahu dan pipi Ariana. Ariana jadi tak keruan. Takkanlah baru balik dah rindu kat dia kut... Eh, ustaz ni... Boleh tahan... “Mukhriz rindu Arin ke balik sekejap sangat kat
sana? Habis tu esok tak kerja?” Konon Ariana nak elak rasa gemuruhnya.
“Kerja petang Sikit. Esok saya gerak dari sini.” Ariana lagilah tak faham. Mukhriz ni dah kemaruk ke
apa ni? Tak kanlah... Tapi ia tidak mustahil. Mukhriz pernah beritahu kepadanya, kisah Rasulullah yang pergi ke masjid tapi pulang semula ke rumah untuk menemui Siti Aisyah kerana ketika dalam perjalanan ke masjid itu dia bertemu dengan seorang wanita yang mengganggu nafsunya.
“Kenapa Arin tak berterus terang dengan saya?"
“Maksud Mukhriz?”
“Ini, bakal mujahid yang sedang membesar dalam
rahim isteri saya ni.”
Ariana sebak. Sangkanya Mukhriz tak tahu. Mukhriz
balik semata-mata kerana ini kah?
"Ariana... Jangan sembunyikan hal seperti ini dari
saya. Ariana tak tahu bagaimana saya risaukan Ariana bila saya tahu tadi.”
Ariana sudah mengalirkan air mata. Teresak-esak.
“Macam mana Mukhriz tahu?”
Mukhriz tersenyum. Dia mula sedar ketika ada rasa
rindunya tertinggal di Taiping ini. Asyik teringat semula
kata-kata Ariana. Cara Ariana meletakkan tangannya di perut mungkin sahaja Allah yang mengilhamkan gambaran anak kecil kepadanya seketika tadi. Lantas dia yakin untuk kembali ke sini.
“Ariana, sudah tentu saya tahu kerana ini zuriat saya.

Anak yang Arin kandungkan ini darah daging saya. Jangan buat macam ni lagi. Arin tahu tak betapa saya risau sepanjang perjalanan ke mari tadi. Saya risau saya tak dapat tengok dia membesar."
Ya Allah, terima kasih kerana kau anugerahkan dia padaku. Ariana bersandar di dada Mukhriz. Bahagianya dia bersama Mukhriz.

6 comments:

Terima Kasih bersama Dunia Cik Akak... Komen anda sangat dihargai!

HANGAT DIPASARAN